Saturday, November 19, 2011

TIDAK TERUCAP LAGI

Kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan dalam kehidupan aku...kadang-kadang aku rasakan dunia ini berputar pada paksinya sehingga aku sendiri tidak dapat menyangka tentang benda itu sangat penting.
Bukan itu aku ingin katakan disini cuma ingin berkongsi tentang buku yang aku pinjam dengan rakan kelas aku. 7 HARI MENCINTAIKU...bukan 2 bukan 3 dan bukan banyak sangat pun...cuma tujuh hari sahaja.

Buku ini aku agak geram sehingga memberikan kesan kepada aku yang membacanya yela..korang tahu kenapa?
aku geram dengan watak Mia Adriana tu dah la angkuh, sombong, biadap dan lengkapla kategori jahat dalam diri heroin tu. Kalu pempuan ni kat depan aku dah lama aku bagi pelempang free....hehehhehe ( teremo pulak) padahal hanya dunia khayalan sahaja.

Aku belum habis lagi membaca buku dan belum layak lagi nak ulas panjang-panjang biarla dulu sehingga aku betul-betul habis baca dulu..demikian dari aku...

sudah tiada sajak
tanpa lirik lagu
tanpa idea disisi
tanpa cerpen disisi
hanya longgokan asignment yang menimbun...

sekian dari aku penulis yang tidak berbakat....

No comments:

Post a Comment