Saturday, November 19, 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Saya tak tahu kenapa saya suka sangat dengan lagu "TOLONG INGATKAN AKU" bagi saya lirik dia sangat santai dan best..saya cuba buat lirik lagu seperti itu tapi entahlah idea kadang-kadang ada...tapi kadang-kadang tak ada...Lirik itu juga buatkan saya bersemangat mencari dan membuat lirik lagu baru...
Saya dengar beberapa kali sangat best..walaupun ramai yang hentam dia tapi bagi saya lirik dan kata-kata yang dia tulis buatkan saya mahu tulis dan tulis lirik lagu....ok la saya tinggalkan anda dengan lrik lagu "TOLONG INGATKAN AKU" BY : ANNA RAFALLI


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

BUKU ITU...

Dulu kemana-mana aku ditemani oleh buku nota dan sebatang pen kecil yang diletakkan didalam beg...
tapi sekarang entah kemana hilangnya buku itu..

buku itu juga daku catatkan semua yang berada dikelilingku...
bukan diari...bukan juga nota belajar...
cuma buku itula yang membuatkan aku bersemangat
buku itu juga yang memahami hati aku yang gundah gulana
buku itu juga yang sentiasa menjadi peneman dikala sunyi
buku itu juga yang banyak berbakti
buku itu juga memberikan aku sumber insprasi
buku itu juga menjadi kawan suka dan duka


tapi sekarang......arghhhh!!!!! tidak tahu kemana lagi
kini aku bersama dengan buku baru dan pen baru...

by : AR Renxi

TEDUHNYA POHON ITU

OK hari ni kawan-kawan aku nak share aku punya cerpen yang aku siapkan itu.....

  
Hilo duduk di birai tingkap dan merenung ke luar melihat salji yang jatuh di celah-celah pohon sambil bermain dengan jarinya. teringat kata papanya yang selalu memarahinya kerana selalu termenung diluar tingkap tetapi itu hanya pesanan yang dibiarkan sepi tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Baginya apa yang keluar dari mulut papanya hanyala omongan kosong yang langsung tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya.
                “ Hilo tak elok duduk kat luar tu, mari dekat papa,” ajak papanya pada petang itu. Petang itu salji turun sangat lebat. Sejak kematian mamanya, papala yang menganti tempat mamanya.
Sejak dia berpindah ke negara lain dia merasakan, papaknya cuba membawa lari dia dari kehidupan di Malaysia. Baginya papanya yang salah. Dia lebih rela menjadi budak kampung dari budak yang kaya tapi tiada apa-apa. Walaupun jauh di sudut hati papanya ingin melihat dia berubah menjadi seorang manusia yang berjaya dalam kehidupannya. Tapi semua itu dia sedikit pun dia tidak nampak baginya papa tak ubah seperti musuhnya.
                “ Papa dah masak untuk Hilo, nanti Hilo makan ye..” kata papanya yang menyentak lamunannya. Dia hanya menjeling tajam kearah papanya. Papa seorang manusia yang sabar dengan setiap apa yang aku lakukan. Apa sahaja yang aku lakukan hanya sebuah senyuman yang diberikan oleh papa.

sambungan dia tunggu......

TIDAK TERUCAP LAGI

Kadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan dalam kehidupan aku...kadang-kadang aku rasakan dunia ini berputar pada paksinya sehingga aku sendiri tidak dapat menyangka tentang benda itu sangat penting.
Bukan itu aku ingin katakan disini cuma ingin berkongsi tentang buku yang aku pinjam dengan rakan kelas aku. 7 HARI MENCINTAIKU...bukan 2 bukan 3 dan bukan banyak sangat pun...cuma tujuh hari sahaja.

Buku ini aku agak geram sehingga memberikan kesan kepada aku yang membacanya yela..korang tahu kenapa?
aku geram dengan watak Mia Adriana tu dah la angkuh, sombong, biadap dan lengkapla kategori jahat dalam diri heroin tu. Kalu pempuan ni kat depan aku dah lama aku bagi pelempang free....hehehhehe ( teremo pulak) padahal hanya dunia khayalan sahaja.

Aku belum habis lagi membaca buku dan belum layak lagi nak ulas panjang-panjang biarla dulu sehingga aku betul-betul habis baca dulu..demikian dari aku...

sudah tiada sajak
tanpa lirik lagu
tanpa idea disisi
tanpa cerpen disisi
hanya longgokan asignment yang menimbun...

sekian dari aku penulis yang tidak berbakat....

Friday, November 18, 2011

PERSOALAN

Terpinga-pinga melihat manusia yang sering memutahkan kata-kata tanpa arah tujuan,
Tanpa arah kata manusia dengan kata-katanya memang tidak boleh dipisahkan,
Kadang-kadang manusia itu sendiri tidak tahu apa yang mereka luahkan
Mereka menganggap benda yang wajib dalam kehidupan seharian mereka
Manusia kini tidak lagi memikirkan logik akal dalam kehidupan mereka......
Berfikir mengikut kotak pikiran anda bukan berfikir mengikut mulut anda....


by : anna renxi
at : class music......time's : 9.30 a.m