Saturday, November 19, 2011

TEDUHNYA POHON ITU

OK hari ni kawan-kawan aku nak share aku punya cerpen yang aku siapkan itu.....

  
Hilo duduk di birai tingkap dan merenung ke luar melihat salji yang jatuh di celah-celah pohon sambil bermain dengan jarinya. teringat kata papanya yang selalu memarahinya kerana selalu termenung diluar tingkap tetapi itu hanya pesanan yang dibiarkan sepi tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Baginya apa yang keluar dari mulut papanya hanyala omongan kosong yang langsung tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya.
                “ Hilo tak elok duduk kat luar tu, mari dekat papa,” ajak papanya pada petang itu. Petang itu salji turun sangat lebat. Sejak kematian mamanya, papala yang menganti tempat mamanya.
Sejak dia berpindah ke negara lain dia merasakan, papaknya cuba membawa lari dia dari kehidupan di Malaysia. Baginya papanya yang salah. Dia lebih rela menjadi budak kampung dari budak yang kaya tapi tiada apa-apa. Walaupun jauh di sudut hati papanya ingin melihat dia berubah menjadi seorang manusia yang berjaya dalam kehidupannya. Tapi semua itu dia sedikit pun dia tidak nampak baginya papa tak ubah seperti musuhnya.
                “ Papa dah masak untuk Hilo, nanti Hilo makan ye..” kata papanya yang menyentak lamunannya. Dia hanya menjeling tajam kearah papanya. Papa seorang manusia yang sabar dengan setiap apa yang aku lakukan. Apa sahaja yang aku lakukan hanya sebuah senyuman yang diberikan oleh papa.

sambungan dia tunggu......

No comments:

Post a Comment