Monday, December 31, 2012

2013

Grrrrrr!!!! tengok tahun ke tahun semakin hari semakin cepat masa berlalu dan meninggalkan satu sejarah dan noda hitam didalam tahun-tahun yang anda simpan. Mungkin tahun baru ini akan memberikan anda satu juta sejarah yang indah dan mungkin akan terpalit didalam memori indah anda.

Ok so now, apa azam anda?kadangkala azam setiap tahun akan bertukar. Azam yang dulu mana perginya dah tercapai ke belum??? Kalau belum apa yang terbarunya? Bila sebut azam je pasti semua orang akan bersemangat. Contoh yang boleh dilihat :

Situasi satu:
-tahun ni gua tak nak merokok babe!! haram pulak makan rokok tu!!!

Situasi kedua :
-Tahun ni nak diet la. Tak nak makan.

Situasi ketiga :
-Azam tahun ni aku nak jadi manusia yang berjaya.

Hahahahha so funny!!! tapi biasanya aku ambil yang situasi kedua tu, aku dah kurus tapi nak kurus lagi biasalah manusia tak pernah puas right?? so aku makan pun berdiet sakan. Swimming tiap-tiap hari sabtu dan ahad. Jogging memang agak malas la. Actually aku pergi swimming bukan nak kurus pun tapi more kepada exercise dan nak cantikkan body..hahahha yang ni memang kelakar. Sometimez waktu petang berbasikal sebab nak menyihatkan kaki padahal nak pi usha mamat hemsem tengah main bola...hahhahaha Ok end story. Berbalik pasal azam tadi, tahun ni aku ada sedikit azam sebenarnya ni azam masa tahun lepas yang tak terlaksana so hopefully tahun ni terlaksana dengan jayanya. Amin.

Jom lihat apa azam aku tahun ni dan harap bukan omongan kosong lagi ye..hahahahha

1) Aku harap aku dapat "DEAN LIST" sem ni. Besar tak harapan yang ni. rasanya tak kot. hahahhaa

2) Aku harap aku menjadi anak yang soleh dan tawaduk, baik kan aku? Biarlah aku nak puji diri sendiri sikit. hahahha ok tak ada kena mengena.

3)Kumpul duit sebab nak pergi travel. So bajet kena lebih la sikit tahun ni harap nak kuar jauh sikit. Insyaallah.

4)Harap aku dapat keluarkan aku punya buku sendiri iaitu himpunan puisi dan cerpen aku jugak insyaallah. Sebab aku paling kesal ialah aku terlepas pitching idea depan Rosyam Nor hari tu. Aku baru nak bagi idea dan cerita aku kat dia tapi disebabkan aku ada hal tak dapat dielakkan terlepas jugak, tak apa mungkin tiada rezeki.

5)Akhir sekali nak study rajin-rajin dan nak kerja cepat-cepat. Amin doakan kita ye..hehehhe

Yehahhahahah!!! akhir sekali semoga tahun ni membawa sinar dan satu kemuliaan didalam diri anda semua. Semoga kita menjadi manusia dan hamba yang berguna disisi Allah S.W.T. Semoga azam tahun baru anda tercapai dan semoga azam aku pun tercapai dengan hendaknya.

Sunday, December 30, 2012

OH MY GUCCI

Oh my gucci...oh my gucci...oh my gucci ayat yang selalu disebut oleh my frenz Kelvin hehhehehe sampai aku pun terikut...hahahha so guys guess what apa yang aku nak share kat korang nih...oh my prada also....hahahha

Before this aku ada terjumpa budak yang muka dia sebijik macam Aaron Aziz tu oh my god hemsem gila ok!!! aku selalu usha la mamat ni badan sejibik macam Aaeon Aziz jugak... aku tak tahulah mata aku rabun ke hapa?? but memang mata aku tak boleh percaya pun..hahaha aku jumpa muka sejibik ok... Actually cam ni aku dah nampak dia and terus terangla aku dah usha dia masa aku part 1 lagi aku siap post kapal terbang kertas ag wey cakap nak kenal tapi dia boleh buat tak tahu je.. maybe tak nampak kertas tu..hahahah oh my gucci i dah falling in love with him sejak pertama kali berjumpa hemsemmm muka cam perlakon yang aku minat aku pergi stalker dia, aku pi aku check kat fb aku pi check kat twitter jumpa jugak akhirnya!!! yang part paling best adalah masa makan kat kedai mesti dia sebelah aku mata aku ni gatai jugak kan duk usha je dia, cara dia makan cara dia minum bila mata excident mula la aku gelabah.... aku buat tahu je la malu babe!! kenapa la muka kau sama ngan hero filem yang aku suka ek!!!! please la...hahahahhaha

Adeiii!!! cair aku tengok dia seriusly!!!! hahaha gatai tak aku?? gatai kan?? lantaklah yang penting aku suka tengok dia...hahahhahaha
Aku pernah satu bas jugak ngan dia, dia duduk belakang aku pulak tu pastu menda yang aku paling malu adalah aku tersepak kasut dia. Aku tahu time tuh dia nak gelak tapi aku tahu kau usha aku gak kan?? nasib baik u hemsem ok!!! cair lagi..

Yang paling penting aku sorang je yang wish besday dia kat fb...malu shialll!!!! gila malu ok!!!
Hemsemnya ko kan????airyaaakkk!!! ni dah lebih-lebih dah ni...hahahha

kepada klon Aaron Aziz nanti i hantar kertas kapal terbang tu lagi ye!!! hahahahhahahahahhahahaha
Gelak guling-guling aku wat status gatai macam ni.....hahahah

Friday, December 28, 2012

FINAL EXAM

Urghhh!!! nak merengus pun tak boleh nak merungut pun tak boleh sebab lumrah alam sebagai student mesti akur dengan perkataan FINAL EXAM...tak kiralah nak amik UPSR ke? SPM ke? atau apa sahaja yang berbentuk FINAL exam mesti pelajar akan merengus dan gelisah semacam. Yela bagi yang tak bersedia lagi macam naik hantulah jawabnya. Sem ni aku satu subjek je yang aku kena hadap untuk final exam, rasa sedikit bersedia sebab subjek yang aku minat dapat A  kot tapi entahla berserah pada takdir tapi nampak gaya macam ada harapan. Dekan tuk sem ni entahlah terserah kepada takdir sebab ada subjek macam tak leh skor but then aku bersyukur kepada yang esa. Amin sebab dapat melakukan dengan tabah dan tawaduk cuma menunggu hari yang bersejarah iaitu mengetahui result. Memang pucat dan tak leh tidur la jawabnya.hmmm



Berjaya atau tak yang penting kita dah berusaha. Apa yang penting jangan lupa berdoa mintak ampun dekat mak and ayah suruh mereka sembahyang hajat atau berdoa untuk memudahkan kita menjawab soalan dengan cemerlang. Tapi aku faham perasaan manusia yang nak masuk kedalam hall tu macam mana nak jatuh semua jantung pun ada.
antara subjek yang aku amik sem ni seperti berikut :

1) Communication skills - tak ada exam just speaking mat salleh je memang berhabuk aku cakap omputih alhmdullilah dah lepas tu pun masa test dia aku rasa macam nak tercabut jew jantung aku. ngeeh3

2) Italy - yeha subjek yang buat aku paling takut setiap sem, yang ni kena speaking italy then tulis bahasa italy mampu korang tulis bahasa italy silap-silap sampai venice aku nanti..hahahaha alhmdullilah sedikit lega sem ni, yang paling aku suka bila lecrer italy aku cakap dia suka atitude aku means sikap akula dia cakap aku baik gila,...hahahahahahhahahah dak skema cam aku kan. hahahha

3) Philosophy - research about manusia yang berjaya aku kaji pasal george santayana alhmdullilah jugak selesai dengan jayanya tak ada final.

4) animation storytelling and writing - yang ni buat aku menagis sebab aku tak paham kenapa aku punya tangan dah tak boleh nak melukis lagi pelikkan? aku lukis baju and desing baru tuk baju ok jew tapi subjek ni aku rasa nak potong je tangan aku tak leh melukis pulak,..adeiii!!! yang ni alhmdullilah jugak moga-moga lulus dengan jayanya.

5) screenplay - yehaaa!!! ni buat skrip... aku suka buat skrip aku tulis pasal cerita pembunuhan, makan orangla. hahahaha actually kisah ni aku buat tuk cerpen tapi aku nak visualize ke bentuk filem akhir-akhir cerita tu korang kena fikir sendiri. alhmdullilah jugak tunggu nak hantar je..

6) material culture - subjek yang lecrer aku paling aku suka dan hormat. aku research betul-betul pasal menda ni tapi yang individu xment agak takut jugakla. alhmdullilah jugak

7) script documentary - yang ni aku buat pasal "makam anak dara" agak takut jugak sebenarnya sebab dia ala-ala paranormal punya cerita. Yang ni aku kaji gila-gila and kaw-kaw jugak. Yela nak buat documentary bukan senang babe!! korang jangan main hentam je...emo plak aku... alhmdullilah jugak

8)film culture and society- subjek last sekali ada final exam aku kena research pasal filem anak halal ngan songlap. Febret subjek. Pasal research filem serahlah kepada den yee!! aku minat gila.... semoga final exam yang ni diberi lapangnya dada dan diberi sedikit idea untuk menjawab serta ilmu pengetahuan yang luas.

Yehaaaa research filem..hmmm kadang orang main tengok then hentam je kan? tapi aku tengok sekali dah tahu penghakhiran cerita tu!!! hahahah hebat tak?? hebat la sangatkan?hahaha dan jangan ingat cerita serta filem yang korang tengok tu semua tak best sebenarnya kalau korang kaji betul-betul mempunyai makna.

Untuk pengarah pula aku memang peminat setia arwah Yasmin Ahmad sebab dia punya cerita mempunyai nilai yang tersendiri dan aku sempat jumpa dia masa aku zaman diploma dulu, tu pun dengar talk pasal dia menarik. Dan untuk yang terbaru aku meminati pengarah hebat seperti Khabir Bhatia... aku memang minat cara pengarahan dia, kalau aku tengok dari keluaran FILM SCAPE memang aku akan tengok serius aku memang minat dengan sinomotografi dia betul tak aku eja salah mati aku lecrer aku mengamuk nanti....hehehhehehe

Apa-apa pun hargailah filem kita dan tengoklah semua filem yang mempunyai nilai yang dapat memberikan anda semua pengetahuan dan bukan sahaja untuk melepaskan tension anda. Jangan ya kawan-kawan salah tu, tengok filem untuk belajar teknik serta tentang bagaimana nak hargai kehidupan yang sebenar. Jadi sokonglah filem-filem tempatan. Aku pula promoted!! hahahaha

Salam sayang semua, gud luck untuk final exam

xoxo ar renxi :)

Tuesday, December 25, 2012

10SEN

Salam cuti dihujung minggu dan salam kasih sayang..hehhehehhe Nampak tak aku sayang korang??? nampak tak??? hahahhahaha Paksa-paksa orang pulak kan?

Ok nampak tajuk aku di atasa mungkin tak bernilai untuk korang. Tapi sebenarnya nilai diatas jika anda kumpul dan simpan akan membuahkan hasil. Cuba korang imagine kan nilai 10sen ni sebenarnya sangat-sangat bernilai. Especially student macam aku. Tak macam aku jugak, maybe macam korang as a student la kan. Nilai ni korang tak fikir ke? bertapa berharganya dimata kita. Sebab apa aku katakan bernilai sebab kalau student mesti nak photostat kertas la, nak print asigment la, nak beli kertas-kertas la Tapi korang mesti fikir "ala seposen, tak payah amikla" kalau diikut logik akal itu adalah rezeki yang Tuhan berikan kepada kita. Nilai seposen itulah yang Tuhan bagi tapi kita tak bersyukur right???, ada yang buang macam tu je!!! tapi cuba anda kumpul selama sepuluh hari anda akan dapat RM1 boleh bayangkan?? kaya kan? tapi kalau orang kaya mesti akan fikir tak payah la nak kumpul-kumpul ni duit banyak kat bank makan pun tak habis.

Berbalik cerita 10sen tadi, kemana-mana sahaja aku pergi aku selalu jumpa duit 10sen diatas jalan. Macam tak ada nilai nothing!!!! 10sen tu macam nothing je!!! tapi korang cuba fikir 10sen tu sebenarnya boleh mencukupkan harga barang yang bernilai RM0.90 menjadi RM1... ini fact ok... sebab kadangkala kita akan cakap ala tak payah pulang balik la... halalkanla 10sen so kedai tu akan untung tak???? of cos my dear kedai tu akan untung sebanyak berkali ganda.

But please hargai duit anda... jangan fikir kita akan selalu senang, yes i know rezeki Allah dimana-dimanaa. Tapi pernah terfikir tak yang tanpa usaha rezeki tu akan dapat. Kalau kau malas siapa nak ambil kau kerja!! rugi buang masa, buang duit company tu je!!!! nilai seposen yang korang suka buang tula akan boleh membuatkan anada menjadi kaya atau miskin.

Simpan nilai seposen tu dalam tabung dan jangan buka-buka lagi coz anda akan nampak kekayaan anda disitu. For example aku, aku suka kumpul duit syiling and aku tak pernah buang duit satu sen, 5sen dan nilai yang tak berharga. SEbab aku tahu bukan senang nak cari duit so aku menghargai duit. Kalau nak ikutkan boleh je mintak kat parents tapi tak nak menyusahkan. Nak phone baru boleh je nak tukar tapi aku sayangkan duit dan selagi boleh pakai aku pakai. Bukan kedekut tetapi selagi keperluan tu boleh guna aku guna. Better aku simpan untuk masa depan yang lebih maju!!! hahahahha mana tahu ekonomi nanti akan meleset mana nak cekau duit kan.

So aku harapkan tips yang tak berapa berguna dari aku ni akan membantu saudara dan saudari yang suka membiarkan duit 10sen begitu sahaja. kesian dia. Kalau duit tu boleh bercakap mesti cakap macam ni.
"cis mentang-mentang aku seposen je, korang buang aku macam tu je!!"

so akhir kata dari aku.... jangan buang duit nanti akan membinasakan diri bila dah bankrap baru tahu dan kenal erti 10sen tu!!!

tadaaaaaaa!!!

Monday, December 24, 2012

WHATEVER!!!

WHATEVER!!! WHATEVER!!! WHATEVER!!!!
I DONT CARE AND WHO CARE ABOUT UOLSS!!!
TELL ME NOW....
GRRRR!!!!
memang GRRRRR!!!!!!

BETTER SILENT!!!!
JUST ZIP UR MOUTH!!! DONT SAY ANYTHING

jika anda tak perfect jangan bercerita buruk pasal orang U BETTER SHUT UP!!!!
manusia logikla ada buruk dan kejinya kita bukan hamba yang MAKSUM yang tidak melakukan kesalahn BUT PLEZZZZZ MAKE SURE U PERFECT!!!! IF U dah PERFECT GO HEAD WHO CARE???

FOR ME EASY AND SIMPLE biar ALLAH je balas di akhirat kelak....
JUST SMILE AND HAPPY!!!
kita manusia yang lemah ada buruk dan kurangnya. SO tengoklah kalau orang tu boleh maaf atau TIDAK
BUT untuk aku SORRY U BETTER KILL UR SELF!!!!

xoxo :)

TOTORIAL SELENDANG EXPRESS!!

Hye salam guys!!!! whatsuppp???? hope korang hepi selalu esok dah bercuti hari krismas...Mery krismas to all my frnez yang beragama katolik.....

So today aku nak bertotorial pasal selendang express..yehaaaa selendang express biasanya kita dengar tudung express jew yang macam tudung sarung jew yang ARIANI tu tapi ni selendang. Senang dan mudah. jom aku tunjukkan sorry kalau gelap.

step pertama dapatkan selendang express selendang ni limited edition siapa berminat boleh PM saya melalui facebook harga RM20.OO sekali dengan pos.. gambar tidak memuaskan. Sorry!!! tapi nampakkan??hehehhe

then masukkan kepala, selendang express ni tak payah pakai pin ok dia dah jahit disitu.

tarik yang hujung dan letakkan atas kepala kemudian nak kemaskan letakkan jarum.

lebihan yang anda pusingkan tadi anda ikat supaya ianya menjadi hiasan anda juga boleh biarkan lepas begitu sahaja.


and siap...senang dan mnjimatkan masa anda tak perlu meletakkan banyak kerongsang dan jarum cuma satu belitan sahaja... selamat mencuba

Selendang ni sebenarnya direka khas bagi kaum wanita yang memakai jubah untuk kaum Arab tapi kini anda boleh bergaya bersama dengan baju t-shirt mahupun baju kurung selamat mencuba.

Bagi sesiapa yang bermintat untuk mendapatkan selendang express ini boleh PM saya ok!!!
siapa cepat dia dapat LIMITED EDITION..
HARGA : RM20(termasuk penghantaran)

Sunday, December 23, 2012

STOKING

Hahahahhahaha blog yang mengarut dan ufdate yang mengarut itu aku la. Insyaallah dalam sedikit masa lagi aku akan buat totorial macam mana nak pakai tudung macam aku yang kaler hijau tu, yang aku pakai dengan jubah tu. actually ramai my frenz tanya macam mana nak pakai dia. So Insyaallah kalau ada sedikit masa dalam satu hari or dua hari ni aku akan tunjukkan don't worry ok!!

Actually tajuk diatas sangat gerun dan ada jugak yang akan cakap si Anna ni nak buat status or ufdate pasal stoking busuk ke? Tak dew la kawan-kawanku semua aku nak share tentang stoking ni sebenarnya aku nak beritahu setiap kali aku pergi giant or mana-mana tempat mesti aku akan beli stoking. Dulu masa-masa sekolah dulu-dulu pun aku pakai stoking warna-warni padahal aku pengawas..hehehhehehe so aku banyak gila koleksi stoking yang cute mute and comel-comel belaka. :)


ok ni stoking aku bila aku nak tidow!!! santek tak??? love-love lagi
sama ngan cadar ok....cadar aku pulkadot....hehehhe
gegirl kan aku!!! hewwwwww

sebenarnya malam-malam aku tak pakai sangat stoking nih coz panas, tapi kalau sejuk sangat aku akan pastikan aku menyarung stoking dan stoking tu mesti ada sebelah katil aku dan sebelah katil aku mesti ada air kalau kat umah aku mesti ada botol besar sebelah yang ada air untuk aku minum malam-malam. Aku takut cramp aku punya kaki, bahaya juga. Aku suka baca buku pasal perubatan sebenarnya, sebab dulu-dulu nak jadi doktor tak kesampaian kan?hahahahhahaahah

so apa lagi jom kita tidur!!!! untuk mendapatkan rehat yang cukup serta stamina yang kuat dan sihat!!mestilah tidur awai, ye kawan-kawan
aku bagi tips kat orang padahal aku sendiri tak buat..hehehhehe kantoi.

So apa-apapun terima kasih stoking LOVE saya sebab buat kaki saya cantik dimalam hari...hahahahhah sehingga ke pagi.
Tak kira lagi aku pakai bedak sejuk bertempek-tempek hahahahah tak dewla bahaya pulak nanti.

ok la korang pesanan aku jangan lupa pakai stoking dimalam hari ok, bagi mengelakkan kaki cramp!!! dan sebelum  masuk satu botol ok!!! insyaallah badan akan sihat bila bangun pagi, muka pun berseri...tak yah mimum pati prum pun....ngeeh3

SAVE GAZA

Salam semua. Hari ni aku nak kongsikan sikit pasal GAZA!!! Actually nampak lambat sangatkan aku punya ufdate pasal GAZA!! orang lain dah post bagai about GAZA. Actually aku nak share sikit apa yang berlaku kat GAZA. Agak menyedihkan apabila seagama kita sendiri dibunuh.




Sedih ok, aku ni jiwa sensitip sikit. Kalau tengok cerita sedih sikit pasti air mata gugur berjuraian. Kalau tengok orang tak de kaki or tangan pasti nak nangis jugak. Aku tak tahulah sifat sensitif mana yang aku dapat ni. Air mata lebih kot. hohohoho

Setiap kali aku tengok cerita pasal GAZA je mesti aku tak nak baca mula-mula coz aku takleh tengok gambar yang mengerikan seriusly aku takut!!! seganas and seberani aku ni aku ni penakut orangnya.hehheheheh

Jadi kalau orang duk share pasal GAZA kat fesbuk tu mesti aku skip or like je nak baca memang aku takut la... then teringat masa skul-skul dulu ayah aku ada jugak beli CD pasal PALESTINE macam mana diaorang seksa orang tu or potong kepala ke? memang aku tak tengokla. Ayah aku suruh tengok tapi memang takla aku nak negoknya. Takut ngeri semua benda ada. Ok fine!!! memang aku penakut!!!

About GAZA kalau aku ada kuasa power rangers memang aku akan selamatkan mereka INSYAALLAH. kalau ada apa sahaja aku akan membantu tapi semua tu aku tak dew.. and hari tu dekat my uni ada juga buat tulis-tulis pasal gaza dan aku tanpa menoleh lagi terus pergi kat kaunter tu tulis macam ni

SAVE GAZA 
WE LOVE U
BY : AR Renxi

nampak tak aku punya support tuk gaza. Aku berharap uolls semua juga bergitu. Jangan lupa support sedikit sokongan anda pasti akan menolong orang diluar sana. Jangan lupa berdoa untuk kesejahteraan mereka.


 nampak tak aku cam duta GAZA je. kat belakang tula yang kita orang tulis and tampal-tampal menandakan sokongan kita kepada GAZA


Apa yang aku boleh buat hanyalah menderma kepada badan-badan tertentu sahaja.
kepada anda diluar sana jangan lupa menderma kepada GAZA....
fikir dari sudut logik mereka semua sanggup berlapar, kita kat sini bermewah. Mereka kena hadapi perang tapi kita kat sini selesa dengan apa yang ada sila bersyukur!!!
Makan jangan membazir memadailah dengan kemampuan kita...

SAVE GAZA
WE LOVE U

Saturday, December 22, 2012

SAHABAT :)


Hello and whatsup guys!!!! Today I nak cakap about friends atau dalam erti kata lain sahabat. Sahabatlah sebenarnya akan membantu kita dalam susah dan senang, but sometimes kawan boleh jadi lawan.  Boleh jadi musuh dan kadangkala musuh yang paling ketat.


Aku juga kadangkala lemah untuk mencari seorang sahabat yang begitu baik dan juga begitu setia dengan kerenah kita. Fine when I gaduh dengan my fiend I pasti akan mengalah because I tak suka nak gaduh and I tak reti. Biarlah orang nak cakap orang tu macam pijak kepala I pun tapi I memang tak reti. Bila ada orang tenking I pun memang I akan takut, I takut kalau orang marah I. sebab I memang tak pernah kena marah dengan parents, so bila orang marah akan jadi sedikit terkejut.
Seyesly I memang ada terasa dengan seorang kawan I ni, selama ni I jaga juga perasaan dia. Bila I merajuk dia pula yang merajuk and I rendahkan ego I pergi tegur dia tapi ada dia nampak I punya kebaikan. I tak kisah sangat coz sebab I pun ada juga buat salah. I mengaku tu.


Tapi bila dia dah mengumpat pasal I kat kawan baik I, apa I nak cakap. I terus diam la. I dah macam redha jew dengan apa yang berlaku. Bila I dapat tahu isi kandungan umpatan dia tu, I boleh jadi COOL uolls korang boleh imagine tak I boleh senyum je. I tak pernah mengumpat pasal keburukkan dia. Semua orang ada keburukkan semua orang ada kesilapan tapi kenapa kau nak jaja hal aku kat orang. Tak pe I mintak maaf kalau selama ni I buat salah kat dia. But I ada rasa terkilan bila seorang sahabat baik yang boleh diertikan sebagai adik beradik boleh buat I macam ni. boleh mengumpat pasal I.  boleh buat apa sahaja kat I. oh my Gucci!!!!!! I cant!! I cant!!!! Coz I tak kuat. Coz I tak mampu nak hadapi cabaran. I tak boleh!!!!
To dear friends if I ada buat silap maafkan I, tapi aku rasa terkilan sebab kau boleh buat aku macam ni, memang aku jahatl!!! Semua orang akan nampak aku jahat!!! Sebab aku tak sebaik kau, aku tak sehebat kau. Aku tahu aku lemah!!!!


Thank you my frenz sebab jadi seorang sahabat untuk aku. Terima kasih segala-galanya. Aku hargai!!! Terima kasih!!! Biar Tuhan sahaja yang membalas segala kebaikkan kepada kau.

Friday, December 21, 2012

CERPEN : HADIR~

MALAM kian larut, aku masih termenung di birai katil. Mata cuba dipejam tapi tidak boleh degil sungguh mata aku saat dan ketika ini. Aku bangun dan duduk ditepi balkoni. Aku melihat kebawah dengan satu perasaan yang sangat lain. Bukan takut cuma teringatkan kisah pertemuan aku dengan Bazli sebentar tadi.

"Hai, ni you ke Salika?" aku hanya bangun dan terus menanggalkan kaca mata hitam yang duduk erat diatas batang hidungku.
"Hai!! ni you ke Bazli?" aku bertanya kembali. Dia hanya mengangguk sahaja. Alamak!!! cinta lama kini berputik kah? Oh my coach!!!
"Hye, lama tak jumpa you? you dah kahwin ke? makin lama you makin cantik" pujinya. Aku hanya terseyum sahaja. Aku menjawab dengan ringkas sahaja. "Tak. You dah kahwin ke? mana isteri you?" mataku meliar mencari kelibat isteri Bazli. Kot-kot lebih cantik daripada aku ke? Perasan pulak aku ni.
Dia ketawa sahaja. Aku pelik dengan sikapnya.
"you cari siapa? wife i ke? i tak kahwin lagi la sayang," dia menjawab sambil ketawa. "sayang" pengsan aku. Gila ke si Bazli ni.
"yela mana tahu you datang ngan wife you ke? boleh kenal-kenal" jawapan aku agak selamat barangkali.
"i setia dengan you sorang je wahai Salika" dia menjawab ringkas. Terkaku aku mendengar jawapannya.

continued~

ADEIIII

Hye guysss!!!! whatsup??? guess what apa yang terjadi dekat aku untuk hari ini. Omaiii!!! i tak tahu nak cakap apa yang penting something happen berlaku kat aku dalam masa sekejap sahaja. Mungkin Allah nak uji tahap kesabaran aku. Alhamdullilah aku cool aje..hmmmm

first thing my fernz ada problems then tak pela just something happen yang orang lain tak tahu. I just bagi support and bagi semangat je.
Then i nak pi tenangkan i punya fikiran sebab dah sangat berserabut mengalahkan masalah negara. Kebetulan pulak my dad belum masukkan i punya duit banja lagi. Lagi la timez tuh i pun dah miskin, kesabaran yang kedua..but then i pinjam duit dengan Aton my housematezzz actually i tak suka sangat pinjam duit orang coz i malu..then i terpaksa pinjam jugak thankz to Aton...Alhamdullilah penyelesaian kedua dah settle then i terus topup then call my mom...

Then after kami makan kat dalam GIANT tuh, kiteorang jalan-jalan je. Tujuan utama ialah kiteorang nak pi makan je thats all. after makan hujan lebat gila kami pun fikir tak pela muka berlagak ada payung!!!
Masa keluar giant amik kau BANJIR gila tahap gaban...Mungkin dah nak banjir nak buat macam mana kan??? i dengan my frenz redah hujan tuh dengan gelak-gelak je coz nak cool kan diri...hahahhahaha
kami berjalan punya berjalan bas tinggal kami. selipar i putus pulak can u imagine cam mana benda tu terjadi?? so i ngan my fernz nak buat macam mana kan? i bukan ada sape-sape.. satu lagi kawan-kawan lain mana ada kereta nak mintak tolong. Satu lagi i ni jenis tak suka mintak tolong orang i tak suka, tapi bila terdesak kawan jugak nak kita cari kan? then i jalan-jalan depan pejabat wisma Rozali tu dah macam mintak sedekah because tunggu bas. Imagine plak kat situ semua orang tengok kiteorang. Ada yang gatal siap wat bunyi nak mengorat-ngorat lagi. ohhh nooo!!! kami borak-borak sampai pukul berapa pun kiteorang tak tahu. Tengok jam alamak!!!! dah dekat pukul 11 malam nanti lambat tak leh masuk, coz i duduk hostel.
I tanya my frenz kot-kot dia ada kawan ke? tapi tak dew. So i terpaksa mintak tolong ngan kawan i yang i kenal pun dekat FB hahahahha so i call la dia, coz dia ada kereta. Alhamdullilah settle jugak satu pekara thank to you.....then dia hantar i sampai balik puncak. Kawan i ni lelaki tapi dia bajar satu universiti dengan i la kan. Tapi cos je lain-lain. I memang nak ucapkan terima kasih sangat kat dia coz dia dah selamtkan perjalan i mungkin Tuhan dah hantar dia untuk bantu i maybe. kita pun tak tahu kan.

So hari ni aku dapat belajar sedikit tentang rasa syukur didalam diri. Alhamdullilah walau apa pun jangan lupa berselawat dan bersyukur kepada Tuhan. Sebab Allah akan sentiasa bersama dengan kita.

p/s : terima kasih kepada yang menolong dan terima kasih ya Tuhan. Aku bersyukur dengan setiap kurniaan mu. Amin

that's all
xoxo anna renxi

Wednesday, December 19, 2012

SAJA-SAJA


Hye guysss!!!!! Ni musim busy and paling utama ialah musim final exam semikin hampir, walaupun musim final exam semikin menghantui tetapi kadang kita tidak lepas daripada hidup dengan tugasan lain. 


Oh yeahhh!!! Life student memang macam tu, nak-nak student yang amik kos macam aku memang busy, for example nak pergi shooting la, nak buat skrip la, nak hantar macam-macam report lagi, but aku tempuh dengan rasa syukur walau kadang kala aku merungut sebab tak boleh buat. But when I call my  parents aku rasa sedikit tenang. Kadang nak bawa diri pergi jauh dari Malaysia wah gitu…hahahhahaha. Walaupun banyak pancaroba dalam kehidupn student tapi I rasa hidup sebagai student adalah paling best sebab nak duit dapat, nak tidur paling cukup dalam dunia pun dapat sebab terlalu lebih masa tak payah fikir masalah negara pun. Cukup bulan elaun dari family pun mashuk….hahahhaha part tu I paling hepy…ngeehhh3
Oh yaaa!!! Satu lagi my friend ask me kenapa kau tak masukkan kau punya video tutorial hijab dalam “YOUTUBE” coz since aku selalu buat and tolong rekakan tudung dekat diaorang. And aku jawab, aku tak yakin and aku malu. Hahahahha, malu la sangat. But don’t worry aku akan masukkan jugak sedikit masa lagi. Pada aku, aku tak gila glamer ok..hahahha tapi just nak kongsikan apa yang kita buat untuk orang yang tak tahu. That’s all. Tapi insyaallah, aku akan letak but tak gunakan muka aku ok, just gunakan muka kawan aku, nampak tak pemalu aku tuh.  After aku buatkan tudung tuk diaorang, diaorang mesti akan lupa but for me tudung yang aku ajarkan simple gila ok....pasni i nak kena buat bengkel pulak nih...hehehe :)

 
Then aku lupa nak cerita hari tu ada sorang kakak ni aku jumpa masa aku pergi beli tudung dekat “AJ” dia suruh aku masuk pertandingan mereka cara pakai tudung. Aku cakap tak nak sebab aku tak yakin dengan aku punya confident level… pertandingan tu dalam buku “IN-TREND” hebat gila buku tuh, lagila aku tak confident mati kalau aku menang..hahahhahahaha
Kakak tu still desak aku, dia cakap aku mesti menang aku cakap tak menang pun tak pe, aku pun fikir-fikir punya fikir my friend pun cam paksa aku, aku pun bersetuju masuk pertandingan tu. Siap kakak tu bagi buku free lagi kat I ok!!! Ahhahahahahha tajaan katanya…thank you kak..
Aku balik aku shoot then aku reka cara pakai tudung dari tudung bawal, then aku hantar penyertaan aku, without my family tahu nih, but aku tahu mak ngan ayah aku tak marah sangat if aku masuk pertandingan macam ni sebab dia tahu aku suka!!! Nampak tuh… if sape-sape follow or add aku punya “facebook” if korang nampak aku wat DP pakai tudung purple tu la yang aku shoot tuh. Sekali peluang datang bergolek but I always tolak mentah-mentah. Hari tu pergi shoot tuk majalah DARA, saje suka-suka bukan senang I nak buat kerja gila macam ni. hahahahhaha. Yang penting sedikit keberanian telah hadir dalam diri aku, and yang paling utama restu parents!!!
Oh yaaa!!! Aku dah melalut tahap gaban dah ni so, insyaallah aku akan buka account youtube tuk kongsikan dengan para pembaca how tu wear hijab and simple hijab. Insyaallah doakan aku ye!!! Most important adalah buat dulu jangan tak buat.

So tunggu je la kawan-kawan ye!!!
Ok xoxo I love u….

Sunday, December 9, 2012

TAKUT

hari ni i takut gila...sebab hari ni my subjek communication skills ada test tuk interview apa cmpany yang kita research, tapi aku takuot gila...takut yang amat sangat....rasa cam menangis pun ada, but bila aku call my dad and my mom rasa lega sikit bila dengar suara mereka.....
satu je harapan aku :

-moga lancar perjalan
-semoga aku dapat jawab soalan dia
-semoga terlepas beban didalam dada
-semoga Allah memakbulkan doa aku...
-semoga aku lulus cemerlang

k..aku rasa sedikit lega semoga aku dapat jawab dengan tenang...

with love
AR Renxi

Friday, December 7, 2012

MINGGU STRESS

ARGHHHH!!!!! i rasa i nak maki orang nak tengking orang sebab i STRESS sangat uolls..... dah la ni minggu akhir i rasa geram sangat sebab kalau boleh semua kena siapkan assigment secepat mungkin, irasa macam nak gila pun dah la dengan tak siap semua kerja lagi, mati i....urghhh!!!!

Tolong i nak bernafas denga lega.... aishhh!!! sabar jangan merunggut....semoga Allah mempercepatkan perjalan aku... Amin...



k muaaahhhh uolls.... :(

Wednesday, December 5, 2012

SAMA SAHAJA

Aku rasa rutin hidup aku sama sahaja.

Bangun pergi kelas - makan tengahari-bukak laptop-pergi kelas balik-makan malam-stdy- siapkan kerja sekolah- bukak youtube tengok short filem baru- siapkan kerja sekolah balik and then tidoww..zzzzz

Tak lepas kita melakukan rutin harian yang sama kadang bosan tapi tiap hari kita menghadap jugak. Biarpun boring tapi sudah menjadi tabiat dalam kehidupan kita.

Apapun just smile
xoxo : AR Renxi

JANGAN PANDANG RENDAH

Pelajaran pertama yang aku berlajar untuk hari ini ialah "Jangan Pandang Rendah" terhadapa orang lain. Setiap manusia Tuhan dah bagi kelebihan masing-masing. Kadang kita tak sedar, kadang rezeki kita cepat dan ada pula yang lambat. Kita sebagai manusia haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada. Macam aku, aku sendiri tak tahu apa kekuatan aku. Aku rasa aku manusia yang biasa-biasa sahaja tidaklah hebat seperti orang lain. Kalau aku hebat dah lama aku jadi doktor gigi impian aku sejak kecil. Tapi aku percaya yang Allah sudah menyusun apa yang terbaik untuk aku.

Kadang aku tak tahu apa yang aku boleh lakukan dan apa yang tak boleh lakukan. Apa yang aku nampak aku tidak HEBAT seperti orang lain, aku insan biasa yang banyak kekurangan, aku tidaklah pandai cuma diberi pinjaman pandai sahaja. Aku bersyukur sebab aku ada Allah yang sentiasa disamping aku. Aku rasa aku manusia biasa sahaja. Aku manusia lemah yang tidak kuat. Aku cuba jadi yang TERHEBAT tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi yang TERBAIK tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi seperti orang lain tapi tidak MAMPU. KEMAMPUAN aku cuma ditahap biasa sahaja.

Perasaan cemburu dekat orang lain jugak ada tapi aku usir sebab aku tak nak Tuhan tarik nikmat yang aku perolehi sedikit demi sedikit. Nikmat yang Tuhan bagi aku sudah banyak, tapi aku tidak pernah bersyukur. Diberi sedikit kekayaan tapi aku alpa dengan kekayaan dunia. Aku dapat sedikit pinjaman kepandaian tapi aku lalai aku rasa akulah aku hebat tapi ada lagi manusia yang hebat. Aku dapat sedikit kejayaan tapi aku bangga, Tuhan itu maha adil maha bijaksana. YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat kufur.

Kadang aku pandang rendah dekat orang lain, sebab aku rasa akulah yang paling hebat. Tapi aku silap aku manusia yang lalai..aku manusia yang tidak pernah bersyukur, manusia yang berlagak diatas dunia. Tapi hari ni aku berlajar sedikit tentang POINT yang aku cuba sampaikan. Melihat manusia sama sahaja tiada bezanya dengan sesiapa. Tiada bezanya dengan orang lain. Aku rasa aku berdosa sangat. Aku tidak boleh elak sifat negatif terhadap orang lain. Bagi aku manusia keliling aku adalah manusia yang poyo dan jahat. Sikit pun aku tidak menilai kebaikkan orang tu. Aku tahu mungkin manusia yang memandang jugak begitu. Aku ambil sedikit kata yang aku pernah tulis dekat blog yang sebelumnya.

"jika seorang teman yang kita benci, jangan terkejut 
jika ada sejuta manusia yang akan membenci kita"

Aki percaya dengan ayat itu. Tapi kadang perasaan jahat dan syaitan yang sentiasa mendekati kita menyebabkan kita mencari kekurangan teman kita. Sedangkan kita sendiri banyak kekurangan. Kekurangan kita banyak tapi kita sikit pun tidak nampak. Kenapa?? sebab kita rasa kita sudah hebat. Sedangkan kita sama sama sahaja dengan orang lain. 

Sebagai manusia diatas dunia ni aku cuba jadi manusia yang cemerlang dan juga manusia yang sentiasa diredhai oleh Allah. Sebab kita sentiasa mencari hidayah dan keredhaan itu, sebab aku tahu aku manusia yang lemah selalu jatuh diatas setiap godaan tapi aku cuba usir dengan berselawat.

Tiada yang terbaik selain diri kita sendiri, manusia dicipta untuk menjadi yang terbaik dan mencari yang terbaik. "JANGAN PANDANG RENDAH" atas kelemahan orang lain, Allah Maha Kaya.

dari otak kecil:
Anna Renxi
atas meja study

Sunday, December 2, 2012

CINTA HADIR - 1


Nazuan Haykal seorang lelaki yang penuh dengan misteri. Setiap apa yang dilakukan pasti akan membuatkan orang ramai akan memandangnya dengan jelek. Kadangkala menyakitkan. Walaupun mempunyai paras rupa yang kacak dan ditambah dengan kerjayaannya sebagai seorang CEO muda di syarikat Maju membuatkan dia mempunyai segala-galanya.
            “Encik Nazuan petang ni Encik ada meeting dengan syarikat Gemilang pada pukul 3 petang.” Serika seorang setiausaha yang sentiasa bersamanya. Seorang yang setia disamping bosnya, walaupun kadangkala memeningkan kepalanya.
            Nazuan hanya membuat muka selamba sambil membelek telefon ditangan, bagaikan tidak mahu mendengar langsung tentang apa yang setiausahanya bercakap.
            “Encik Nazuan dengar tak apa yang saya cakap ni?” tanya Serika balik bagaikan memerli bosnya. Nazuan memandangnya bagaikan mempunyai seribu maksud yang sukar dirungkai. Marahkah? Bengangkah? Ahh!! Peduli apa aku yang penting aku dah laksanakan tugas aku dengan betul. Terpuji diri sendiri pulak.

“Awak ingat saya pekak ke? Saya dengar. Batalkan semua meeting hari ni. saya ada hal nak selesaikan dan jangan lupa beritahu syarikat tu yang esok pagi saya akan ke sana.” Nazuan berkata dengan nada yang tegas. Serika hanya mengangguk tanda faham. Mahu dicekik je lelaki didepannya saat dan ketika ini biar ditahu hati aku bagaimana sekarang ni.
            “Ok la bos saya keluar dulu, nanti apa-apa hal saya tulis notis di board,” Serika meminta izin untuk keluar. Dia terus keluar tanpa melihat muka bosnya. Mungkin bosnya mneghadapi masalah siapa tahu.

 
**
            Nazuan keluar dari pejabatnya awal. Dia masih teringatkan arwah mamanya. Mamanya yang sentiasa ada disampingnya. Sentiasa memberi semangat ketika susah dan senang, kini dia hanya tinggal bersama papa dan adik bongsunya yang masih bersekolah. Dia dahagakan kasih seorang ibu.
            Tiba-tiba dia teringat kata-kata yang diberikan oleh mamanya sebelum mamanya meninggal. Kata-kata itulah yang sering dia pegang hingga sekarang.
            “Mama nak Nazuan jaga adik, jaga papa biar papa bangga dengan Nazuan. Mama tahu, mama dah tak lama. Mama harap Naz boleh jaga mereka.” Kata mamanya disuatu petang. Dia pelik dengan kata mamanya tapi dia hanya berwajah selamba, mungkin mamanya mahu dia berkahwin jadi dengan alasan itulah yang selalu para ibu gunakan betul tak?
            “Apa mama merepek ni? Naz akan jaga papa dengan adik don’t worry ok.” Balas Nazuan. Mamanya hanya tersenyum pahit. Sukar dia mahu memberitahu anak kesayangannya ini bahawa ajalya sudah semakin tiba.
            “Mama tak merepek sayang, mama nak satu hari nanti Naz cari seorang isteri yang solehah dan boleh bimbing anak-anak Naz nanti. Mama juga nak beritahu yang mama dah tak ada masa lagi. Bila-bila masa sahaja mama akan pergi meninggalkan papa, adik dan anak kesayagan mama ni,” kata mamanya dengan nada jenaka. Dia tahu mamanya sedang bertarung dengan kanser. Kanser mamanya sudah berada di tahap paling akhir sekali. Tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi.
            “Mama please… tolong Naz mama. Naz rindukan mama, Naz nak mama,” Nazuan merintih bagaikan seorang anak kecil rindukan belaian seorang ibu. Seorang ibu yang tidak pernah dilihatnya.
            Sedang dia mahu membelok keretanya kekanan tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis, nazuan memberhentikan keretanya ditepi pokok yang berada disitu.
            “Cik tak ada apa-apa ke?” Nazuan bertanya. Dia kemudiannya membelek-belek kaki gadis itu persis seorang doktor. Gadis itu menepis tangan Nazuan.
            “Sorry. Are you ok?” tanya Nazuan lagi.
            “You ni kenapa? Dah nak mati ke?” soal gadis dihadapannya dengan marah.
            “Sorry, I tak sengaja, i….i tak nampak tadi,” terang Nazuan tanpa memandang wajah gadis itu. yang pasti dia merasa serba salah dengan apa yang berlaku.
            “You ok? Meh I hantar ke klinik,” Nazuan berkata lagi. Gadis itu cuba bangun tapi tidak dapat dan terduduk semula.
            “Sakitnya…” gadis itu mengaduh kesakitan. Nazuan terus mendapatkan gadis itu.
            “Biar I tolong. Ni semua salah I,” dia terus memapah gadis dihadapannya. Kali ini gadis itu tidak menolak. Nazuan kemudiannya membuka pintu keretanya.
            Masuk sahaja didalam kereta dia terus sahaja menghidupkan enjin kereta. Dia mengerling sekilas gadis disebelahnya yang masih menggosok kaki. Mungkin sakit dengan hentakkan yang agak kuat.
            “Hmm… I mintak maaf banyak-banyak. I betul-betul tak nampak,” terang Nazuan. Walhal gadis itu hanya diam tanpa meminta perjelasan darinya. Gadis itu hanya diam membisu. Terasa serba salah muncul dalam dirinya secara tiba-tiba.
            “you diam je dari tadi, I rasa serba salah sangat-sangat ni,” kata Nazuan lagi. Gadis itu sempat mengerling kearahnya sebelum menjawab kata-kata Nazuan itu.
            “I tak ada apa-apa yang nak dicakapkan. Nasib baik I tak mati,” Nazuan terus memusingkan wajahnya kearah gadis itu. perkataan mati dia tidak dapat terima. Perkataan itulah juga yang mamanya selalu sebut hinggakan mamanya juga meninggal dunia.
            “Please, jangan sebut perkataan tu. Hmmm… sakit lagi ke kaki you tu?” tanya Nazuan mengalih topik perbualan. Gadis itu hanya mengangguk. 


to be continued :