Tuesday, January 29, 2013

CONTINUED~BAB 1~ BAB 2

RANIA hanya memerhati figura Najmi dari jauh yang sedang khusyuk bersembahnyang. Rania hanya mampu mengucap tanda syukur dengan apa yang berlaku pada hari ini. Tiba-tiba ingatannya terimbau detik perkenalannya dengan Najmi.

NAJMI berjalan sambil bermain dengan anak kunci kereta BMWnya. Mulutnya terkumat-kamit bercakap seorang diri. Sedang dia khustuk berjalan tiba-tiba badannya terlanggar dengan seorang gadis yang sedang khusyuk bermain dengan telefon ditangannya.
"Aduhhh!!! You ni kenapa mata letak dekat mana?" Gadis itu memarahinya. Najmi hanya terkesima melihata gadis dihadapannya tengah marah. 'cantik' desis hati kecilnya.
"Maaf I nak cepat tadi, tak nampak. Sorry sekali lagi," Najmi berkata sambil tersengih menampakkan lagi giginya yang putih bersih dan tersusun itu. Matanya masih lagi memerhati telatah gadis yang berada di hadapannya.
Gadis itu hanya mengangguk. "Najmi," Najmi memperkenalkan namanya kepada gadis yang dilanggarnya.
"Rania, anyway I nak pergi dulu ada kerja," dia meminta diri. Najmi tersenyum senang dan memerhati kelibat Rania pergi dari padangannya.

"PENGANTIN perempuan menungkan apa tu?" tegur salah seorang wanita tua yang agak berumur yang duduk disitu. Kantoi nampak dia berangan. Najmi sudah berada dihadapnnya, acara membatalkan air sembahnyang sudah bermula. Rania menyambut tangan suami yang sudah sah menjadi suaminya kini. Tangannya terketar-ketar menyambut huluran tangan sang lelaki itu.
"You still malu dengan I ke sayang," bisik Najmi ke telinga Rania. Panas wajahnya usah dicakap lagi. Seperti udang yang sudah dibakar panas-panas. Rania mencium tangan Najmi dan dibalas satu ciuman di ubun-ubunnya. Terasa bahagia apabila diperlakukan begitu. Dia bersyukur kerana dapat mengawini seorang lelaki yang dicintaiinya sepenuh hati.
"I love you sayang."


***

BAB 2

MALAM itu Rania merenung ke luar jendela melihat bintang yang bertaburan di angkasa. Rasa nyaman dan segar apabila angin meniup sejuk ke badannya yang terdedah di lengannya. Rania tersenyum melihat dada langit yang cerah dan bintang berkelip-kelip.
Sedang dia leka menghirup udara segar, terdengar pintu seperti sedang ditolak dari arah luar. Rania cepat-cepat masuk kedalam biliknya. Najmi masuk kedalam bilik dengan wajah yang sedikit pelik. Mahu bertanya takut dikatakan menyibuk, akhirnya Rania mengambil keputusan duduk dihadapan cermin dan mencapai sikat yang berada diatas meja solek itu. Dia menyikat rambutnya yang panjang itu. Najmi duduk dibirai katil dan meraup wajahnya berkali-kali. Rania melihat telatah Najmi dari cermin meja soleknya.
"Najmi kenapa dengan you ni?" Rania akhirnya bersuara. Najmi hanya mengelengkan kepalanya apabila soalan yang keluar dari mulut isterinya. Entahla dia sendiri tidak tahu apa sebab dia menjadi begini.

~continued~

Sunday, January 27, 2013

BAB 1 - RANIA

RANIA anggun dengan busana pengantin yang indah dengan taburan labuci di baju. Hari ini adalah hari perkahwinannya dengan Najmi Ikbal seorang lelaki yang dikenalinya dua bulan lepas. Perkahwinannya dengan Najmi merupakan sebuah ikatan yang sudah lama dia impikan.
Najmi seorang lelaki yang hebat mampu mencairkan semua kaum hawa. Perkenalannya dengan Najmi yang begitu singkat telah melahirkan bibit cinta antara mereka berdua. "Pengantin lelaki dah sampai," kata salah seorang kaum keluarga Rania. Jantung Rania berdegup kencang, sekencang ribut tsunami.

NAJMI segak dengan baju melayu berwarna hitam digandingkan dengan kain songket yang berwarna keemasan menampakkan lagi wajahnya yang kacak itu. Rania keluar dari bilik diiringi oleh dua kawannya iaitu Munia dan Chia. Najmi memandang Rania yang keluar dari bilik dengan satu getaran yang hebat didadanya. Wajah putih bersih Rania telah membuatkan hatinya sudah lama terpaut dan jatuh cinta.
"Jangan pandang lama sangat nanti hilang seri," sampuk suara Pak Imam. Najmi tersipu malu apabila disapa begitu. Rania tersengih di pelamin yang telah tersengam indah dengan taburan bunga hidup yang berwarna pink.
"Dah sedia ke pengatin lelaki ni?," tanya Pak Imam itu lagi. Najmi mengangguk pelahan. Tangan dijabat tanda mahu melaksanakan misi yang belum selesai. Rania disana semakin takut dan gementar. Hanya doa didalam hati sahaja semoga segalanya berjalan dengan lancar.

"Aku terima nikahnya, Rania Issabela Rashdan dengan mas kahwinnya seperti yang disebut," hanya sekali lafaz sudah membuatkan Rania menitiskan air mata. Air mata gembira bercampur dengan air mata syukur kepada ilahi. Najmi merasa lega dia kemudiannya meminta diri untuk bersolat tanda syukur kepada yang maha esa.

~continued~

TAKOOOOTTTT

Tiba-tiba perasaan takoottt menghantui..... Takoottt result exam actually, mengalahkan takut nak tengok hantu je. Tiba-tiba perasaan berdebar menunjal minda aku. Rasa acam separuh air masa dalam hidung dan tak boleh bernafas.

Ya Allah kau kuatkanlah hati aku, kau berikanlah aku hidayah dan kau luluskanlah semua subjek aku dan juga kawan-kawan aku kau berikanlah aku kejayaan didunia dan di akhirat supaya aku dapat menempuh hidup yang mendatang menjadi insan yang lebih solehah supaya aku menjadi manusia yang membanggakan kedua ibubapaku Ya Allah. Ya Allah kau berikanlah kekuatan supaya aku dapat menjalani kehidupan yang mendatang pemurahkanlah aku rezeki, pemurahkanlah kedua ibubapaku rezeki, aku bersyukur dengan limpah kurnia kepadaku. Pemudahkanlah aku mencari pekerjaan dan mencari rezeki yang halal diatas muka bumi ini Ya Allah. Amin Ya Rabbil Al-Amin.

dari sudut hati kecil anna renxi

Sunday, January 20, 2013

TUTORIAL TURBAN STYLE

Hye dan wasup??? Ok hari ni kita buat sedikit tutorial cara permakaian turban style dengan menggunakan tudung bawal sahaja. Ingat tudung bawal tak leh buat urban ke??? Ok biasanya turban digunakan oleh wanita afrika itulah sejarah dia yang aku dapat serba sedikit tentang turban ni. Kali ni aku nak menunjukkan cara bagaimana turban style dipakaikan menggunakan tudung bawal. Biasanya kawan aku Lin yang suruh aku buatkan untuk dia memandangkan dia kurang menggunakan selendang tapi lebih gemar memakai bawal.

Ok apa yang kita perlukan
-tudung bawal
-kerongsang
-inner neck
-satu batang jarum sahaja.

jom kita lihat simple je ok.... tak perlu belit-belit banyak kali.

mula-mula sekali pakai inner neck ye, bagi menutupi leher kita. Atau anda tak nak pakai pun tak pe, tapi bagi yang menutup aurat tu pakaila ye :) (abaikan muka aku yang tembam bila pakai inner neck ye) heheh

ambil tudung bawal dan lipat seperti dia atas. Lipat sikit je ye.

letakkan di kepala bahagian yang dilipat tadi, dan teruskan letak penghujung di belakang. Ambil kerongsang dan sematkan di belakang.

selepas sematkan pin ambil kedua-dua bahagian itu ke depan. Anda boleh twiskan atau gulung sahaja kedua-dua bahagian yang tarik kedepan itu tadi seperti didalam gambar.


step yang seterusnya anda gulung sehingga ke penghujungnya.

selepas gulung tudung tadi belitkan ke kepala anda. Selebihnya yang hujung itu anda sematkan dengan jarum supaya dia menjadi lebih kemas. Boleh juga mengambil keronsang untuk disemat disitu ataupun menambahkan bahan sebagai hiasan.



Dan tadaaaa inilah hasilnya simple dan anda bolehla pergi ke makan malam atau bergaya dengan style turban ni. Dan ingat sangat ringan sahaja ye tak adalah berserabut dan nampak berat.

 fokus kepada yang baju coklat ye.... nilah hasil aku bua dengan menggunakan bawal sahaja.


seperti contoh yang rakan saya pakai, itulah hasilnya hanya menggunakan tudung bawal sahaja kita juga boleh bergaya kemana-mana sahaja. Dan insyaallah jika ada kelapangan aku akan kongsikan dengan idea yang lain menggunakan tudung bawal atau apa sahaja.


Selamat mencuba :)

Thursday, January 17, 2013

GIGI BESI

Bergigi besi biasanya bagi manusia yang ingin memakai pagar pada gigi mereka supaya tampak cantik dan jelita ochhh!!! tak tahan den. Gigi besi juga atau nama saintifiknya adalah bracers biasanya akan dipakai bagi mereka yang giginya jongang cam rabbit, gigi mereka terabur dan mahu nampak tersusun dengan cantik supaya bila senyum nampak macam iklan Darlie.

Dulu masa sekolah-sekolah dulu aku ada juga menyuarakan kepada ayah dan mak aku untuk bergigi besi sebab aku rasa gigi aku macam jongang sikit dekat depan. Tapi tak nampak sangat. Gigi aku besar la jugak kat depan so aku rasa macam agak malu la jugak bila aku ketawa terbahak-bahak macam syaiitonnn je bunyinya pastu tak cover dengan tangan maka malu la aku kan? Adik aku yang nombor tiga mendapat rawatan jugak sebab nak pakai bracers ni tapi dia dah give up sebab lambat so dia malas. Makanya aku yang terhegeh-hegeh nak pakai. Aku pi hospital gigi dan tanya doktor gigi tu.



"doktor kalu sya nak buat bracers boleh tak kat gigi saya?" aku tanya sambil tersengih-sengih nih. Doktor tu pun cakapla yang gigi aku ni dah ok dan straight tak ada cacat celanya. Aku pun tak puas hati lagi ni. Aku pun cakap "doktor saya rasa gigi saya macam arnab je bila senyum" doktor tu cakap gigi awak dah ok so tak payah pakai. Nanti dia takut makin teruk. Aku pun mengangguk tanda faham. Hmmmm, nak tak nak aku pun cakap cuci je la gigi saya. hahahhahahhahaha. Malu aku dengan doktor tu. Kalau laki memang aku keluar nongnong dah. Buat muka toya.

Kali ni gigi adik aku yang bongsu pula nak buat check-up tuk memakai pagar besi di giginya. Yela giginya senget sedikit maka perlulah memakainya.
Sebenarnya aku ada habit dimana setiap kali bercakap mesti aku nak tengok gigi orang, dah jadi tabiat aku dah. Mungkin bagi anda untuk mengukur kebersihan seseorang dengan menilai dari rambut hinggalah kepada kaki tapi aku tidak ye!!! Aku melihat kebersihan seseorang itu melalui gigi... Haahahah, kejam tak??? Yela kalau orang tu tak gosok gigi kotor tak????? geli babe.

Maka dengan itu jagalah kebersihan gigi anda, takkan nak biarkan gigi anda tak santek kan???? Maka jagalah kebersihan gigi dengan sempurna biar tampak bersih dan cantekkkk!!!!

SETIA HUJUNG NYAWA

Apa kabare dan salam sayang. Ok entri aku kali ni berbau hangit sedikit mungkin kerana tajuk yang cuba diutarakan. Nampak tak tajuk aku "SETIA HUJUNG NYAWA" sebenarnya ni adalah tajuk dari drama TV3 yang baru untuk slot akasia yang disiarkan pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam. Jom kita review sikit pasal drama nih. Sebenarnya drama ni juga telah diadaptasi dari novel yang di tulis oleh Fatin Nabila. Aku belum baca lagi novel ni so aku rasa aku tidaklah layak lagi untuk membuat review tentang drama ni, nanti tersalah malu sendiri.


 ok ni adalah dia punya tajuk mula-mula ok. Style and simple


Dari pemahaman aku sebab aku ada baca buku beliau dalam online, drama ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Ersalina yang telah terlanjur dengan boyfriend dia tapi dia telah berkahwin dengan Zain seorang anak datuk. Maka terjadilah konflik kat situ disebabkan husband dia tahu yang wife dia tak suci lagi. Aku sebenarnya melilau juga mencari novel ni tapi tak jumpa. Drama dia the best jugaklah aku suka sebab laki tu tiba-tiba nampak cute pulak...hehehhehe


 sumber gambar dari google


Ok ini adalah buku novel dia. Anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang berhampiran. Aku pun tengah mencari jugak ni, so bagi sesiapa yang dah baca boleh la share kat kita ye(sambil kenyit-kenyit mata) ngeeh3. Buku ni aku tak tahu jalan cerita dia macam mana? sama ke tak aku tak tahu sebab aku belum khatam lagi buku ni ye.


Ni pula antara pelakon yang menjayakan drama ni. Bagi sesiapa yang membaca novel ni boleh membayangkan atau imagine muka mereka berdua ok!! Pelakon yang membintangi drama ini ialah Amar Asyraf dan Neyldia Senrose. Sangat sesuai gandigan mereka berdua. Bagi mereka yang terlepas menonton drama lakonan mereka boleh pergi ke www.tonton.com. Dan bagi mereka yang mengikuti drama ini sila teruskan sehingga episod akhir untuk mengetahui kisah percintaan romantis mereka. Selama menonton.



Saturday, January 5, 2013

DIET - DIE

Aiyarrrkkk!!! exam makin dekat dah pejam celik dan pejam celik finally esok dah exam.. omaiii!!! Alhmdullilah aku dah bersedia...
Tadi aku call ayah aku first macam biasalah mesti bapak aku yang tanya dulu soalan first haruslah dia tanya

dad : dah makan belum??
me : i on diet today(sambil gelak)
dad : haaaa???? better u go die...

setiap kali aku cakap aku diet mesti ayah aku akan cakap better u go dieee!!! hahahhahahhaa ambik kau bila ayah aku speaking!!!

when aku tanya dia kenapa perlu die?? then akan jawab diet buang T then die... better mati dari hidup tak nak makan...haahhahaha


aku bukan diet pun tapi malas nak keluar pergi cari makan, dah buang masa aku nak study dah. Walaupun aku ada gastrik tapi aku peduli apa la kan? aku terpaksa telan ubat gastrik yang pahit tuh baru boleh makan. Kalau aku tak makan satu hari aku boleh pengsan babe!!!

okla..apapun jangan diet sampai tak makan nanti boleh mati kebulur plak...hehhehe

salam sayang :)

Thursday, January 3, 2013

MACAM MANA NAK LUPAKAN ORANG YANG KITA SAYANG?

Yezaaaa bertemu kembali kita dengan topik yang baru dan taklah hebat seperti entri orang lain. Kali ni topik aku adalah bagaimana nak lupakan orang yang kita sayang? ok kenapa aku buat topik ni sebab kawan-kawan aku ada tanya, yela aku kan pakar cinta tak berapa nak bertauliah pengalaman pun tak ada babe!! dengan pengalaman orang je la aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran

Kalau anda menyanyangi seseorang tu anda jangan letak 100 peratus sayang atau cinta anda dekat dia kalau tidak merana la. Pernah aku mendengar satu dialog dalam drama Adam dan Hawa yang si Adam berkata kepada si Dee yang "kita jangalah mencari orang yang tidak menyanyangi kita atau mencintai kita tapi carilah sang lelaki yang jatuh cinta habis dekat kita."

Maka persoalannya disini jangalah anda meletakkan cinta agung anda kepada sang lelaki 100 peratus malah letakkan hanya 40 atau 50 peratus sahaja sebab jika anda putus dengan lelaki itu pasti anda merana kan? Jadi jika anda letakkan sedikit sahaja pasti anda tidak akan merana.
Jangan sesekali melihat facebook atau apa sahaja bentuk laman web yang berkaitan dengan pasangan anda kerana purata untuk anda jatuh cinta kembali akan berlaku, malah biarkanlah dia nak buat apa sahaja.

Sebagai contoh aku ambil diri aku, aku ada minat dengan seorang lelaki ni kalau dikira lelaki ni sangat perfect di mata aku yela lelaki yang aku minat kot mestilah perfect dimata aku hahaha, dia pandai, bijak, hemsem dan segala-galanya malah tiada cacat celanya dimata aku then pada suatu hari aku ada terlihat satu gambar dia letak dalam istagram sebab dia link dalam facebook so ada seorang minah ni maybe girlfriend dia yang komen bertapa luluhnya hati aku. Wahhh!! sedih kan kisah aku!! hahahahah ok lupakan!!!

Jadi aku ambil pendekatan tiadak lagi stalker orang tu kalau aku stalker sah-sahla aku jatuh cinta balik babe dia hemsem wey!! kerja dia pun menjamin masa depan. hahahaha

situasi yang kedua anda perlu buat cari seorang rakan mendengar masalah anda jangan menangis membazir sahaja air mata anda.

Anda juga boleh melupakan kekasih anda dengan membuat satu aktiviti yang sangat mencabar dan buat aktiviti yang boleh membuatkan anda lupakannya.

Masa tidur jangan berangan wajah dia akan muncul dalam mimpi anda pastikan baca doa tidur dan terus tidur, kalau tak boleh tidur berselawatlah.

Anda juga bolehlah mencari penganti lain, mungkin tiada jodoh antara anda dan si dia. kuikui

***

maka habislah cerita yang nak aku kongsikan semoga anda membaca dengan penuh khusyuk ok salam sayang dari aku tadaaaa :)

Tuesday, January 1, 2013

MR PERFECT

Hohohoho tengok status aku mesti korang tak sabar-sabar kan nak tahu. Haahahahah sebenarnya ini semua tiada kena mengena dalam hidup i okeyh!!! ok tajuk entri aku kali ni ialah MR PERFECT. Memandangkan aku tengah menghabiskan satu buku novel yang bertajuk "HELLO MR PERFECT" aku pinjam dari kawan aku. Actually aku dah baca dua kali dah masuk ni, saja sebab bosan sebab jenis aku kena baca buku dulu sebelum tidur tak pun belek-belek phone dulu main game ke atau saja tengok kalendar baru boleh tidooo!!!! nak berangan tak reti hahahahha(ok poyo je)

Ok ni bukan persoalan yang aku nak bangkitkan tapi kat sini aku nak cerita pasal seseorang yang agak berlagak perfectnya. Yela imagine la sikit mana ada manusia atas bumi ni yang perfect. Come on la babe. Masa aku baca buku ni, yela buku apa-apapun novel yang hemsem cantik semua novel. Aku menulis cerpen pun terbayangkan muka hemsem baru boleh tulis dan perempuan cantik baru boleh tulis..ahahaha memang macam tu adat seseorang penulis. Tapi bukan pasal penulis aku nak tulis tapi pasal tentang MR PERFECT dalam watak yang aku baca ni.

Ada ke manusia seperfect dalam cerita ni, kalau aku dapat yang perfect macam ni memang aku tak nak la sebab tak sanggup dengan kerenah cerewet nak mampus!!! emo pulak aku ni padahal novel je pun. Tapi kalau ikut logiknya memang tak dinafikanlah aku memang mencari seorang lelaki seperti dalam novel ini punya segala-galanya. Pakej.
Hemsem, bekerjaya, pandai and segala-galanyala. Tu yang jodoh tak sampai-sampai lagi nih...hehehhehehehehe

Tapi itu bukan pokok utama yang utama aku kan tengah belajar so rilex la. menenagkan diri, walaupun umur makin muda. (sedih tak) peduli orang kata baju renyuk tak apa asal pandai bergaya.

Aku ada jumpa juga jenis yang perfect ni, sekali pandang memang jatuh cintala. Yela hemsem, tinggi, pandai dan yang aku suka bila ada orang cakap bila senyum cam muka aku cam adik beradik!!! hahahahaha(berdrama je ok!! jangan percaya) Tapi bila baca buku kadang kena jugak kat batang hidung aku...ngeeh3 :p

Tapi walau apa pun, jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita nanti merana ok!!! percayalah nanti korang akan menyusahkan hidup korang bila sang perfect bersama anda pasti akan mengomen itu dan ini. Pasti anda akan menyesal percayalah!!! tips yang korang tak leh pakai sebenarnya.ngeehh!!!! ok apa-apa pun jangan lupa membaca buku dari kaki novel tajuk dia

HELLO MR.PERFECT