Saturday, June 2, 2012

Dalam bas duduk termenung, sekejap pusing kanan sekejap pusing kiri. Bila tengok kat luar banyak kereta lalu lintas. Bila tengok dalam bas ada pasangan suami isteri ada pasangan kekasih. Bila tengok sekali macam-macam kerenah manusia kita boleh nampak. Kadang seronok, kadang rimas. Tapi bila dilihat balik melihat tingkah laku orang buatkan kita akan senyum sendiri dengan perangai yang manusia lakukan.
Mungkin perangai kita akan ditonton juga oleh orang lain. Kadang-kadang membuatkan kita terasa menyampah dengan pandangan yang dilemparkan oleh manusia yang meandang kita. Tapi istilahnya sama sahaja disini, apabila kita pandang orang. Orang itu juga akan rasa jelek dengan kita juga. Manusia ni sama sahaja tingkah dan lakunya tetapi hati saja lain-lain.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

BAS RAPID
13.00 P.M

No comments:

Post a Comment