Saturday, June 2, 2012

KITA SAMA SAHAJA

Duduk sana sini duduk bercerita itu dan ini
Pergi sana sini duduk bercerita sana sini
Lepak sana sini duduk sibuk itu ini
Tidur juga duduk cerita itu dan ini

Asalnya kita sama sahaja
Duduk sama tinggi berdiri sama rendah
Datangnya dari tanah juga
Matinya kembali ke tanah juga

Kita sama sahaja
Jangan sibuk duduk cerita itu dan ini
Jangan carut marut itu dan ini
Jangan caci maki itu dan ini

Kita sama sahaja
Otak juga sama
Pandai juga Allah bagi sama
Akal juga sama cuma bezanya kita yang mengendalikannya

Kita sama sahaja
Jangan ada lagak
Jangan ada takbur
Jangan ada sombong

Kita hanya manusia biasa sahaja
Sama sahaja
Aku bilang sama sahaja
Ingat sama sahaja

by :
AR Renxi
Puncak Perdana

No comments:

Post a Comment