Friday, December 7, 2012

MINGGU STRESS

ARGHHHH!!!!! i rasa i nak maki orang nak tengking orang sebab i STRESS sangat uolls..... dah la ni minggu akhir i rasa geram sangat sebab kalau boleh semua kena siapkan assigment secepat mungkin, irasa macam nak gila pun dah la dengan tak siap semua kerja lagi, mati i....urghhh!!!!

Tolong i nak bernafas denga lega.... aishhh!!! sabar jangan merunggut....semoga Allah mempercepatkan perjalan aku... Amin...



k muaaahhhh uolls.... :(

Wednesday, December 5, 2012

SAMA SAHAJA

Aku rasa rutin hidup aku sama sahaja.

Bangun pergi kelas - makan tengahari-bukak laptop-pergi kelas balik-makan malam-stdy- siapkan kerja sekolah- bukak youtube tengok short filem baru- siapkan kerja sekolah balik and then tidoww..zzzzz

Tak lepas kita melakukan rutin harian yang sama kadang bosan tapi tiap hari kita menghadap jugak. Biarpun boring tapi sudah menjadi tabiat dalam kehidupan kita.

Apapun just smile
xoxo : AR Renxi

JANGAN PANDANG RENDAH

Pelajaran pertama yang aku berlajar untuk hari ini ialah "Jangan Pandang Rendah" terhadapa orang lain. Setiap manusia Tuhan dah bagi kelebihan masing-masing. Kadang kita tak sedar, kadang rezeki kita cepat dan ada pula yang lambat. Kita sebagai manusia haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada. Macam aku, aku sendiri tak tahu apa kekuatan aku. Aku rasa aku manusia yang biasa-biasa sahaja tidaklah hebat seperti orang lain. Kalau aku hebat dah lama aku jadi doktor gigi impian aku sejak kecil. Tapi aku percaya yang Allah sudah menyusun apa yang terbaik untuk aku.

Kadang aku tak tahu apa yang aku boleh lakukan dan apa yang tak boleh lakukan. Apa yang aku nampak aku tidak HEBAT seperti orang lain, aku insan biasa yang banyak kekurangan, aku tidaklah pandai cuma diberi pinjaman pandai sahaja. Aku bersyukur sebab aku ada Allah yang sentiasa disamping aku. Aku rasa aku manusia biasa sahaja. Aku manusia lemah yang tidak kuat. Aku cuba jadi yang TERHEBAT tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi yang TERBAIK tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi seperti orang lain tapi tidak MAMPU. KEMAMPUAN aku cuma ditahap biasa sahaja.

Perasaan cemburu dekat orang lain jugak ada tapi aku usir sebab aku tak nak Tuhan tarik nikmat yang aku perolehi sedikit demi sedikit. Nikmat yang Tuhan bagi aku sudah banyak, tapi aku tidak pernah bersyukur. Diberi sedikit kekayaan tapi aku alpa dengan kekayaan dunia. Aku dapat sedikit pinjaman kepandaian tapi aku lalai aku rasa akulah aku hebat tapi ada lagi manusia yang hebat. Aku dapat sedikit kejayaan tapi aku bangga, Tuhan itu maha adil maha bijaksana. YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat kufur.

Kadang aku pandang rendah dekat orang lain, sebab aku rasa akulah yang paling hebat. Tapi aku silap aku manusia yang lalai..aku manusia yang tidak pernah bersyukur, manusia yang berlagak diatas dunia. Tapi hari ni aku berlajar sedikit tentang POINT yang aku cuba sampaikan. Melihat manusia sama sahaja tiada bezanya dengan sesiapa. Tiada bezanya dengan orang lain. Aku rasa aku berdosa sangat. Aku tidak boleh elak sifat negatif terhadap orang lain. Bagi aku manusia keliling aku adalah manusia yang poyo dan jahat. Sikit pun aku tidak menilai kebaikkan orang tu. Aku tahu mungkin manusia yang memandang jugak begitu. Aku ambil sedikit kata yang aku pernah tulis dekat blog yang sebelumnya.

"jika seorang teman yang kita benci, jangan terkejut 
jika ada sejuta manusia yang akan membenci kita"

Aki percaya dengan ayat itu. Tapi kadang perasaan jahat dan syaitan yang sentiasa mendekati kita menyebabkan kita mencari kekurangan teman kita. Sedangkan kita sendiri banyak kekurangan. Kekurangan kita banyak tapi kita sikit pun tidak nampak. Kenapa?? sebab kita rasa kita sudah hebat. Sedangkan kita sama sama sahaja dengan orang lain. 

Sebagai manusia diatas dunia ni aku cuba jadi manusia yang cemerlang dan juga manusia yang sentiasa diredhai oleh Allah. Sebab kita sentiasa mencari hidayah dan keredhaan itu, sebab aku tahu aku manusia yang lemah selalu jatuh diatas setiap godaan tapi aku cuba usir dengan berselawat.

Tiada yang terbaik selain diri kita sendiri, manusia dicipta untuk menjadi yang terbaik dan mencari yang terbaik. "JANGAN PANDANG RENDAH" atas kelemahan orang lain, Allah Maha Kaya.

dari otak kecil:
Anna Renxi
atas meja study

Sunday, December 2, 2012

CINTA HADIR - 1


Nazuan Haykal seorang lelaki yang penuh dengan misteri. Setiap apa yang dilakukan pasti akan membuatkan orang ramai akan memandangnya dengan jelek. Kadangkala menyakitkan. Walaupun mempunyai paras rupa yang kacak dan ditambah dengan kerjayaannya sebagai seorang CEO muda di syarikat Maju membuatkan dia mempunyai segala-galanya.
            “Encik Nazuan petang ni Encik ada meeting dengan syarikat Gemilang pada pukul 3 petang.” Serika seorang setiausaha yang sentiasa bersamanya. Seorang yang setia disamping bosnya, walaupun kadangkala memeningkan kepalanya.
            Nazuan hanya membuat muka selamba sambil membelek telefon ditangan, bagaikan tidak mahu mendengar langsung tentang apa yang setiausahanya bercakap.
            “Encik Nazuan dengar tak apa yang saya cakap ni?” tanya Serika balik bagaikan memerli bosnya. Nazuan memandangnya bagaikan mempunyai seribu maksud yang sukar dirungkai. Marahkah? Bengangkah? Ahh!! Peduli apa aku yang penting aku dah laksanakan tugas aku dengan betul. Terpuji diri sendiri pulak.

“Awak ingat saya pekak ke? Saya dengar. Batalkan semua meeting hari ni. saya ada hal nak selesaikan dan jangan lupa beritahu syarikat tu yang esok pagi saya akan ke sana.” Nazuan berkata dengan nada yang tegas. Serika hanya mengangguk tanda faham. Mahu dicekik je lelaki didepannya saat dan ketika ini biar ditahu hati aku bagaimana sekarang ni.
            “Ok la bos saya keluar dulu, nanti apa-apa hal saya tulis notis di board,” Serika meminta izin untuk keluar. Dia terus keluar tanpa melihat muka bosnya. Mungkin bosnya mneghadapi masalah siapa tahu.

 
**
            Nazuan keluar dari pejabatnya awal. Dia masih teringatkan arwah mamanya. Mamanya yang sentiasa ada disampingnya. Sentiasa memberi semangat ketika susah dan senang, kini dia hanya tinggal bersama papa dan adik bongsunya yang masih bersekolah. Dia dahagakan kasih seorang ibu.
            Tiba-tiba dia teringat kata-kata yang diberikan oleh mamanya sebelum mamanya meninggal. Kata-kata itulah yang sering dia pegang hingga sekarang.
            “Mama nak Nazuan jaga adik, jaga papa biar papa bangga dengan Nazuan. Mama tahu, mama dah tak lama. Mama harap Naz boleh jaga mereka.” Kata mamanya disuatu petang. Dia pelik dengan kata mamanya tapi dia hanya berwajah selamba, mungkin mamanya mahu dia berkahwin jadi dengan alasan itulah yang selalu para ibu gunakan betul tak?
            “Apa mama merepek ni? Naz akan jaga papa dengan adik don’t worry ok.” Balas Nazuan. Mamanya hanya tersenyum pahit. Sukar dia mahu memberitahu anak kesayangannya ini bahawa ajalya sudah semakin tiba.
            “Mama tak merepek sayang, mama nak satu hari nanti Naz cari seorang isteri yang solehah dan boleh bimbing anak-anak Naz nanti. Mama juga nak beritahu yang mama dah tak ada masa lagi. Bila-bila masa sahaja mama akan pergi meninggalkan papa, adik dan anak kesayagan mama ni,” kata mamanya dengan nada jenaka. Dia tahu mamanya sedang bertarung dengan kanser. Kanser mamanya sudah berada di tahap paling akhir sekali. Tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi.
            “Mama please… tolong Naz mama. Naz rindukan mama, Naz nak mama,” Nazuan merintih bagaikan seorang anak kecil rindukan belaian seorang ibu. Seorang ibu yang tidak pernah dilihatnya.
            Sedang dia mahu membelok keretanya kekanan tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis, nazuan memberhentikan keretanya ditepi pokok yang berada disitu.
            “Cik tak ada apa-apa ke?” Nazuan bertanya. Dia kemudiannya membelek-belek kaki gadis itu persis seorang doktor. Gadis itu menepis tangan Nazuan.
            “Sorry. Are you ok?” tanya Nazuan lagi.
            “You ni kenapa? Dah nak mati ke?” soal gadis dihadapannya dengan marah.
            “Sorry, I tak sengaja, i….i tak nampak tadi,” terang Nazuan tanpa memandang wajah gadis itu. yang pasti dia merasa serba salah dengan apa yang berlaku.
            “You ok? Meh I hantar ke klinik,” Nazuan berkata lagi. Gadis itu cuba bangun tapi tidak dapat dan terduduk semula.
            “Sakitnya…” gadis itu mengaduh kesakitan. Nazuan terus mendapatkan gadis itu.
            “Biar I tolong. Ni semua salah I,” dia terus memapah gadis dihadapannya. Kali ini gadis itu tidak menolak. Nazuan kemudiannya membuka pintu keretanya.
            Masuk sahaja didalam kereta dia terus sahaja menghidupkan enjin kereta. Dia mengerling sekilas gadis disebelahnya yang masih menggosok kaki. Mungkin sakit dengan hentakkan yang agak kuat.
            “Hmm… I mintak maaf banyak-banyak. I betul-betul tak nampak,” terang Nazuan. Walhal gadis itu hanya diam tanpa meminta perjelasan darinya. Gadis itu hanya diam membisu. Terasa serba salah muncul dalam dirinya secara tiba-tiba.
            “you diam je dari tadi, I rasa serba salah sangat-sangat ni,” kata Nazuan lagi. Gadis itu sempat mengerling kearahnya sebelum menjawab kata-kata Nazuan itu.
            “I tak ada apa-apa yang nak dicakapkan. Nasib baik I tak mati,” Nazuan terus memusingkan wajahnya kearah gadis itu. perkataan mati dia tidak dapat terima. Perkataan itulah juga yang mamanya selalu sebut hinggakan mamanya juga meninggal dunia.
            “Please, jangan sebut perkataan tu. Hmmm… sakit lagi ke kaki you tu?” tanya Nazuan mengalih topik perbualan. Gadis itu hanya mengangguk. 


to be continued :

CINTA

Bila sebut tentang cinta mesti orang akan tersenyum bahagia. Kadang tak lekang daripada gusi. Tersengih memanjang. Tapi untuk aku yang tiada pengalaman CINTA ni, pasti akan terdiam dan lidah terkelu seribu bahasa. Kadang teman aku ada jugak bertanya dan berkata yang aku ni sentiasa berfikiran terbuka tetapi pasal CINTA pasti aku out. Walaupun fikiran aku agak urban tapi pasal CINTA pasti aku akan tewas. Sangat memalukan. Tapi aku sedikit bangga sebab aku boleh mengelakkan diri aku terjerumus ke lembah SMS yang melalaikan dan juga tidak merindui sesiapa. Cuma aku akan teringatkan dan rindu akan Mama dan Abah aku. Aku pasti Cinta kedua ibubapa adalah yang pertama dan mesti didahulukan.

Aku juga percaya yang Allah pasti sudah menetapkan jodoh aku dengan seorang lelaki yang hebat yang aku akan cintai sampai aku tua. Aku pasti Allah sudah menyediakan aku dengan Sang Putera yang boleh mendidik aku ke arah yang lebih baik dan mendidik aku menjadi manusia yang solehah. Aku pasti Allah itu sudah mengaturkan kehidupan aku. Yang pasti jodoh dan maut semua ditangan Tuhan cuma manusia yang harus pandai mengemudi sesebuah kapal itu supaya pandai memilih kearah kebaikkan dan keburukkan.

Tapi bagi aku buat apa nak bercinta? Sedangkan kita masih muda masih mahu enjoy. Jadi hidup pasti diteruskan, aku tidaklah tertekan dengan semua ini sebab aku dikurniakan dengan keluarga dan kawan-kawan yang begitu menghiburkan aku. aku suka suasana sibuk. Mungkin sebab itu tiada lelaki yang mampu mencuri dan merampas hatiku. Sedikit lega!!! Tidak terlalu terburu-buru. Bagi aku kerjaya adalah penting!!!

Bercinta itu indah jika kita pandai mencari ruang dan pandai mengendalikan keadaan itu. Andai jatuh ditangan orang yang salah pasti akan menyesal seumur hidup. Manusia harus pandai menilai buruk dan baik setiap perkara itu.

dari sudut hati kecil sang penulis
AR Renxi

Sunday, August 5, 2012

WAKTU

Kadang kala kita tak sedar waktu bergerak begitu cepat sehinggakan nadi kita pun turut bernyawa merentas sempadan. Hati dan jantung berdegup begitu pantas sekali. Seperti sang kepala ingin menyambung hayatnya di badan. Masing-masing punya cerita tersendiri, masing-masing punya hal tersendiri. Tapi entahla, kadangkala aku takut untuk memikirkan waktu yang begitu pantas berjalan.

Bukan apa, sebab aku bukanla manusia pengejar masa, bukan juga manusia yang mahukan waktu itu. aku hanya manusia biasa yang hidup diatas muka bumi ini mengikut undang-undang yang telah diciptakan oleh manusia itu sendiri.
Ada juga terfikir nak buat undang-undang sendiri, tapi.....
tapi tak mampu, yela mana ada kuasa semua itu sebab waktu dah semakin hampir mengejar kita.
Waktu kadang-kadang cemburukan kita, yela sebab kita tak mampu nak kejarnya.

Aku paling takut kalau waktu itu tiba-tiba hilang dengan sendiri sebab bagi aku waktu itu sangat berharga dan kalau aku sedang bekerja waktu itu adalah DUIT!!!!!  Aku ni gila kerja... sebab aku sukakan hidup aku yang sibuk bukannya menyibuk!!!! diulang menyibuk!!!!

Sebab kalau aku kerja aku jadi kaya!!! dengan usaha dan titik lelah aku, so sebab tu aku suka kerja... peluh dan keringat adalah wang!!! aku ni bukanlah gilakan wang tapi aku sukakan keadaan diri aku yang sibuk, sebab aku rasa sangat puas. Puas bila aku dapat lakukan kerja itu.
Yang penting selagi aku tak sibuk hal orang, tak kacau dan ganggu hidup orang tak bergosip sana dan sini, tak tulis sesuatu tak puas hati pasal orang lain aku adalah aku. Sebab aku takut waktu itu tak akan diputarkan balik, waktu adalah satu persimpangan yang menakutkan.





p/s : tiada kata seindah lagu dan puisi :)

Thursday, July 26, 2012

SALAM RAMDHAN

Salam Ramdhan kepada anda semua...anda apa khabar. Alhmdullilah... begitu cepat masa berlalu sehinggakan kita terfikir begitu pantas juga jantung kita berdetak ketika saat dan ketika ini. Wah!! ayat jantung pulak keluar.....hahhahahhahha

Ok gua sebenarnya sedikit berdebar dengan tarikh-tarikh yang menunjukkan ke angka 3. sebab apa? keputusan peperiksaan bakal keluar tidak lama lagi.....heeeewwww!!! semangat raya semakin kurang setakat ini. entahla mood raya mungkin tak sampai lagi mengenangkan third language aku cam dah nazak, fobia babe entahla nak buat cam mana aku terima la kan? hanya Allah sahaja berada bersama aku saat dan tika ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku saat dan tika ini... Tapi sedikit lega jugakla sebab aku maca dah bersedia dengan keputusan yang bakal keluar tidak kiralah baik dan buruknya. yang penting aku kena hadapi jugak. Huhhh!!!! (melepaskan perasaan).

Tapi membuatkan aku kuat setiap kali aku  nak check keputusan aku ialah ayah aku mesti ada kat sebelah, aku, aku tak check kat rumah tapi aku paksa ayah aku suh pi check kat CC, walhal internet dah ada.... aku akan tengok dengan satu keluhan berat sebab berdebar, tapi kali ini aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal.
Alhmdullilah aku dapat kekuatan itu hanya kekuatan itu sahaja bersama dengan aku saat dan ketika ini.
Aku hanya mampu berserah kepda yang Esa sahaja sebab dia yang tahu segala-galanya, dan itu sahaja yang termampu. Insyaallah aku akan buat daa best tuk next sem. Amin...

Tiba-tiba pulak aku nak tinggalkan korang dengan lirik lagu "JATUH" ni sebab bagi aku dia sangat sempoi

Aku percaya sedikit waktu
Kan terbuka hati yang kau bawa
Sambut tangan ku biarku bawa
Kau ke tempat yang tiada orang tahu

Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapanmu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Dunia hitam keliling malam
Kesejukan menunggu panggilan
Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir aku jatuh

Selagi kau berdaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama

Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh


Lagu ini dinyayikan oleh kupulan Bunkface. so lagu ni macam bagi kekuatan untuk aku...

so kita enjoy :)