Sunday, December 2, 2012

CINTA

Bila sebut tentang cinta mesti orang akan tersenyum bahagia. Kadang tak lekang daripada gusi. Tersengih memanjang. Tapi untuk aku yang tiada pengalaman CINTA ni, pasti akan terdiam dan lidah terkelu seribu bahasa. Kadang teman aku ada jugak bertanya dan berkata yang aku ni sentiasa berfikiran terbuka tetapi pasal CINTA pasti aku out. Walaupun fikiran aku agak urban tapi pasal CINTA pasti aku akan tewas. Sangat memalukan. Tapi aku sedikit bangga sebab aku boleh mengelakkan diri aku terjerumus ke lembah SMS yang melalaikan dan juga tidak merindui sesiapa. Cuma aku akan teringatkan dan rindu akan Mama dan Abah aku. Aku pasti Cinta kedua ibubapa adalah yang pertama dan mesti didahulukan.

Aku juga percaya yang Allah pasti sudah menetapkan jodoh aku dengan seorang lelaki yang hebat yang aku akan cintai sampai aku tua. Aku pasti Allah sudah menyediakan aku dengan Sang Putera yang boleh mendidik aku ke arah yang lebih baik dan mendidik aku menjadi manusia yang solehah. Aku pasti Allah itu sudah mengaturkan kehidupan aku. Yang pasti jodoh dan maut semua ditangan Tuhan cuma manusia yang harus pandai mengemudi sesebuah kapal itu supaya pandai memilih kearah kebaikkan dan keburukkan.

Tapi bagi aku buat apa nak bercinta? Sedangkan kita masih muda masih mahu enjoy. Jadi hidup pasti diteruskan, aku tidaklah tertekan dengan semua ini sebab aku dikurniakan dengan keluarga dan kawan-kawan yang begitu menghiburkan aku. aku suka suasana sibuk. Mungkin sebab itu tiada lelaki yang mampu mencuri dan merampas hatiku. Sedikit lega!!! Tidak terlalu terburu-buru. Bagi aku kerjaya adalah penting!!!

Bercinta itu indah jika kita pandai mencari ruang dan pandai mengendalikan keadaan itu. Andai jatuh ditangan orang yang salah pasti akan menyesal seumur hidup. Manusia harus pandai menilai buruk dan baik setiap perkara itu.

dari sudut hati kecil sang penulis
AR Renxi

No comments:

Post a Comment