Nazuan
Haykal seorang lelaki yang penuh dengan misteri. Setiap apa yang dilakukan
pasti akan membuatkan orang ramai akan memandangnya dengan jelek. Kadangkala
menyakitkan. Walaupun mempunyai paras rupa yang kacak dan ditambah dengan
kerjayaannya sebagai seorang CEO muda di syarikat Maju membuatkan dia mempunyai
segala-galanya.
“Encik Nazuan petang ni Encik ada
meeting dengan syarikat Gemilang pada pukul 3 petang.” Serika seorang
setiausaha yang sentiasa bersamanya. Seorang yang setia disamping bosnya, walaupun
kadangkala memeningkan kepalanya.
Nazuan hanya membuat muka selamba
sambil membelek telefon ditangan, bagaikan tidak mahu mendengar langsung
tentang apa yang setiausahanya bercakap.
“Encik Nazuan dengar tak apa yang
saya cakap ni?” tanya Serika balik bagaikan memerli bosnya. Nazuan memandangnya
bagaikan mempunyai seribu maksud yang sukar dirungkai. Marahkah?
Bengangkah? Ahh!! Peduli apa aku yang penting aku dah laksanakan tugas aku
dengan betul. Terpuji diri sendiri pulak.
“Awak
ingat saya pekak ke? Saya dengar. Batalkan semua meeting hari ni. saya ada hal
nak selesaikan dan jangan lupa beritahu syarikat tu yang esok pagi saya akan ke
sana.” Nazuan berkata dengan nada yang tegas. Serika hanya mengangguk tanda
faham. Mahu dicekik je lelaki didepannya saat dan ketika ini biar ditahu hati
aku bagaimana sekarang ni.
“Ok la bos saya keluar dulu, nanti
apa-apa hal saya tulis notis di board,” Serika meminta izin untuk keluar. Dia
terus keluar tanpa melihat muka bosnya. Mungkin bosnya mneghadapi masalah siapa
tahu.
**
Nazuan keluar dari pejabatnya awal.
Dia masih teringatkan arwah mamanya. Mamanya yang sentiasa ada disampingnya.
Sentiasa memberi semangat ketika susah dan senang, kini dia hanya tinggal
bersama papa dan adik bongsunya yang masih bersekolah. Dia dahagakan kasih seorang
ibu.
Tiba-tiba dia teringat kata-kata
yang diberikan oleh mamanya sebelum mamanya meninggal. Kata-kata itulah yang
sering dia pegang hingga sekarang.
“Mama nak Nazuan jaga adik, jaga
papa biar papa bangga dengan Nazuan. Mama tahu, mama dah tak lama. Mama harap
Naz boleh jaga mereka.” Kata mamanya disuatu petang. Dia pelik dengan kata
mamanya tapi dia hanya berwajah selamba, mungkin mamanya mahu dia berkahwin
jadi dengan alasan itulah yang selalu para ibu gunakan betul tak?
“Apa mama merepek ni? Naz akan jaga
papa dengan adik don’t worry ok.” Balas Nazuan. Mamanya hanya tersenyum pahit.
Sukar dia mahu memberitahu anak kesayangannya ini bahawa ajalya sudah semakin
tiba.
“Mama tak merepek sayang, mama nak
satu hari nanti Naz cari seorang isteri yang solehah dan boleh bimbing
anak-anak Naz nanti. Mama juga nak beritahu yang mama dah tak ada masa lagi.
Bila-bila masa sahaja mama akan pergi meninggalkan papa, adik dan anak
kesayagan mama ni,” kata mamanya dengan nada jenaka. Dia tahu mamanya sedang bertarung
dengan kanser. Kanser mamanya sudah berada di tahap paling akhir sekali. Tahap
yang tidak dapat diselamatkan lagi.
“Mama please… tolong Naz mama. Naz
rindukan mama, Naz nak mama,” Nazuan merintih bagaikan seorang anak kecil
rindukan belaian seorang ibu. Seorang ibu yang tidak pernah dilihatnya.
Sedang dia mahu membelok keretanya
kekanan tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis, nazuan memberhentikan keretanya
ditepi pokok yang berada disitu.
“Cik tak ada apa-apa ke?” Nazuan
bertanya. Dia kemudiannya membelek-belek kaki gadis itu persis seorang doktor.
Gadis itu menepis tangan Nazuan.
“Sorry. Are you ok?” tanya Nazuan
lagi.
“You ni kenapa? Dah nak mati ke?”
soal gadis dihadapannya dengan marah.
“Sorry, I tak sengaja, i….i tak
nampak tadi,” terang Nazuan tanpa memandang wajah gadis itu. yang pasti dia
merasa serba salah dengan apa yang berlaku.
“You ok? Meh I hantar ke klinik,”
Nazuan berkata lagi. Gadis itu cuba bangun tapi tidak dapat dan terduduk
semula.
“Sakitnya…” gadis itu mengaduh
kesakitan. Nazuan terus mendapatkan gadis itu.
“Biar I tolong. Ni semua salah I,”
dia terus memapah gadis dihadapannya. Kali ini gadis itu tidak menolak. Nazuan
kemudiannya membuka pintu keretanya.
Masuk sahaja didalam kereta dia
terus sahaja menghidupkan enjin kereta. Dia mengerling sekilas gadis
disebelahnya yang masih menggosok kaki. Mungkin sakit dengan hentakkan yang
agak kuat.
“Hmm… I mintak maaf banyak-banyak. I
betul-betul tak nampak,” terang Nazuan. Walhal gadis itu hanya diam tanpa
meminta perjelasan darinya. Gadis itu hanya diam membisu. Terasa serba salah
muncul dalam dirinya secara tiba-tiba.
“you diam je dari tadi, I rasa serba
salah sangat-sangat ni,” kata Nazuan lagi. Gadis itu sempat mengerling
kearahnya sebelum menjawab kata-kata Nazuan itu.
“I tak ada apa-apa yang nak
dicakapkan. Nasib baik I tak mati,” Nazuan terus memusingkan wajahnya kearah
gadis itu. perkataan mati dia tidak dapat terima. Perkataan itulah juga yang
mamanya selalu sebut hinggakan mamanya juga meninggal dunia.
“Please, jangan sebut perkataan tu.
Hmmm… sakit lagi ke kaki you tu?” tanya Nazuan mengalih topik perbualan. Gadis
itu hanya mengangguk.
to be continued :
No comments:
Post a Comment