Wednesday, December 5, 2012

JANGAN PANDANG RENDAH

Pelajaran pertama yang aku berlajar untuk hari ini ialah "Jangan Pandang Rendah" terhadapa orang lain. Setiap manusia Tuhan dah bagi kelebihan masing-masing. Kadang kita tak sedar, kadang rezeki kita cepat dan ada pula yang lambat. Kita sebagai manusia haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada. Macam aku, aku sendiri tak tahu apa kekuatan aku. Aku rasa aku manusia yang biasa-biasa sahaja tidaklah hebat seperti orang lain. Kalau aku hebat dah lama aku jadi doktor gigi impian aku sejak kecil. Tapi aku percaya yang Allah sudah menyusun apa yang terbaik untuk aku.

Kadang aku tak tahu apa yang aku boleh lakukan dan apa yang tak boleh lakukan. Apa yang aku nampak aku tidak HEBAT seperti orang lain, aku insan biasa yang banyak kekurangan, aku tidaklah pandai cuma diberi pinjaman pandai sahaja. Aku bersyukur sebab aku ada Allah yang sentiasa disamping aku. Aku rasa aku manusia biasa sahaja. Aku manusia lemah yang tidak kuat. Aku cuba jadi yang TERHEBAT tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi yang TERBAIK tapi aku tidak mampu. Aku cuba jadi seperti orang lain tapi tidak MAMPU. KEMAMPUAN aku cuma ditahap biasa sahaja.

Perasaan cemburu dekat orang lain jugak ada tapi aku usir sebab aku tak nak Tuhan tarik nikmat yang aku perolehi sedikit demi sedikit. Nikmat yang Tuhan bagi aku sudah banyak, tapi aku tidak pernah bersyukur. Diberi sedikit kekayaan tapi aku alpa dengan kekayaan dunia. Aku dapat sedikit pinjaman kepandaian tapi aku lalai aku rasa akulah aku hebat tapi ada lagi manusia yang hebat. Aku dapat sedikit kejayaan tapi aku bangga, Tuhan itu maha adil maha bijaksana. YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat kufur.

Kadang aku pandang rendah dekat orang lain, sebab aku rasa akulah yang paling hebat. Tapi aku silap aku manusia yang lalai..aku manusia yang tidak pernah bersyukur, manusia yang berlagak diatas dunia. Tapi hari ni aku berlajar sedikit tentang POINT yang aku cuba sampaikan. Melihat manusia sama sahaja tiada bezanya dengan sesiapa. Tiada bezanya dengan orang lain. Aku rasa aku berdosa sangat. Aku tidak boleh elak sifat negatif terhadap orang lain. Bagi aku manusia keliling aku adalah manusia yang poyo dan jahat. Sikit pun aku tidak menilai kebaikkan orang tu. Aku tahu mungkin manusia yang memandang jugak begitu. Aku ambil sedikit kata yang aku pernah tulis dekat blog yang sebelumnya.

"jika seorang teman yang kita benci, jangan terkejut 
jika ada sejuta manusia yang akan membenci kita"

Aki percaya dengan ayat itu. Tapi kadang perasaan jahat dan syaitan yang sentiasa mendekati kita menyebabkan kita mencari kekurangan teman kita. Sedangkan kita sendiri banyak kekurangan. Kekurangan kita banyak tapi kita sikit pun tidak nampak. Kenapa?? sebab kita rasa kita sudah hebat. Sedangkan kita sama sama sahaja dengan orang lain. 

Sebagai manusia diatas dunia ni aku cuba jadi manusia yang cemerlang dan juga manusia yang sentiasa diredhai oleh Allah. Sebab kita sentiasa mencari hidayah dan keredhaan itu, sebab aku tahu aku manusia yang lemah selalu jatuh diatas setiap godaan tapi aku cuba usir dengan berselawat.

Tiada yang terbaik selain diri kita sendiri, manusia dicipta untuk menjadi yang terbaik dan mencari yang terbaik. "JANGAN PANDANG RENDAH" atas kelemahan orang lain, Allah Maha Kaya.

dari otak kecil:
Anna Renxi
atas meja study

No comments:

Post a Comment