Wednesday, June 6, 2012

GEMBIRA

Hari ini aku ada benda nak kongsikan. Hari ni 6 jun 2012 merupakan hari Rabu juga. Hari ni macam-macam berlaku kiranya sejarah la kan. Korang nak tahu apa dia?

1) hari ni merupakan fenomena zurah dimana, zurah tu duduk berhampiran dengan matahari. Jika nak tengok zurah tu kena guna alat dia takut nanti mata korang akan jadi buta. Dia sebenarnya titik hitam sahaja.

2)Bulan malam ni sangatlah cantik dan indah. Sungguh indah bulan itu jika dia tahu aku juga umpama bulan yang bersinar best tak ayat aku??hahahhaha

3)aku nampak buah pic tadi..hahahhahahahhaha

4)adik aku buat baik top-upkan aku..terima kasih ye....hahhahaha

5)aku harap esok aku tak present lagi sebab aku tak sedia lagiiii!!!!

6)aku rindu dekat buah pic...hahahhaha

7)harap aku tidur lena

8)doa aku supaya aku tak present lagi....amin...

9)semoga tidur aku lena dan buah pic mimpi kan aku...kiranya cam hantar telepati la nih...hehhehe

p/s : you...i bersabar nih!!! hahahahah (ayat gatai)

Saturday, June 2, 2012

SAMA TAPI TAK SERUPA

Baru perasan sama
Sama tapi tak serupa
Sebab apa?
Kau lelaki dan aku perempuan

Tapi kita banyak sama kan?
Baru perasan kita banyak serupa
Minat
Sakit
Makan
Cara
Kita banyak sama tapi masih tak serupa

Kita serupa kan?
Tapi banyak tak sama

Sama tapi tak serupa
Itulah kita kan?
Kau lain dan aku lain
Yang penting aku tengok kau sangat serupa

KITA SAMA SAHAJA

Duduk sana sini duduk bercerita itu dan ini
Pergi sana sini duduk bercerita sana sini
Lepak sana sini duduk sibuk itu ini
Tidur juga duduk cerita itu dan ini

Asalnya kita sama sahaja
Duduk sama tinggi berdiri sama rendah
Datangnya dari tanah juga
Matinya kembali ke tanah juga

Kita sama sahaja
Jangan sibuk duduk cerita itu dan ini
Jangan carut marut itu dan ini
Jangan caci maki itu dan ini

Kita sama sahaja
Otak juga sama
Pandai juga Allah bagi sama
Akal juga sama cuma bezanya kita yang mengendalikannya

Kita sama sahaja
Jangan ada lagak
Jangan ada takbur
Jangan ada sombong

Kita hanya manusia biasa sahaja
Sama sahaja
Aku bilang sama sahaja
Ingat sama sahaja

by :
AR Renxi
Puncak Perdana
Dalam bas duduk termenung, sekejap pusing kanan sekejap pusing kiri. Bila tengok kat luar banyak kereta lalu lintas. Bila tengok dalam bas ada pasangan suami isteri ada pasangan kekasih. Bila tengok sekali macam-macam kerenah manusia kita boleh nampak. Kadang seronok, kadang rimas. Tapi bila dilihat balik melihat tingkah laku orang buatkan kita akan senyum sendiri dengan perangai yang manusia lakukan.
Mungkin perangai kita akan ditonton juga oleh orang lain. Kadang-kadang membuatkan kita terasa menyampah dengan pandangan yang dilemparkan oleh manusia yang meandang kita. Tapi istilahnya sama sahaja disini, apabila kita pandang orang. Orang itu juga akan rasa jelek dengan kita juga. Manusia ni sama sahaja tingkah dan lakunya tetapi hati saja lain-lain.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

BAS RAPID
13.00 P.M

Wednesday, May 30, 2012

RAGAM

Suka melihat gelagat manusia
Ada yang kelakar
Ada yang lucu
Ada yang tawa

Mana-mana pergi pun kita mesti tengok ragam manusia
Ada yang sedih
Ada yang menangis
Ada yang hiba

Pergilah cerut kampung, hulu mahupun bandar sekalipun ragam manusia sentiasa ada
Ada yang jahat
Ada yang kejam
Ada yang syaitan

Masukklah hutan, semak dan sungai
 Ada yang baik
Ada yang alim
Ada yang malaikat

Bab kata orang dulu-dulu kemana sahaja kita pergi pasti ada ragam tersendiri. Ragam manusia berlainan yang baik, baiklah kalau yang jahat pasti akan jadi baik juga suatu hari nanti. Pergilah hulu tanjung mana pun pasti ada tawa dan hibanya. Manusia tidaklah selalu sempurna dimata orang.

by :
AR Renxi
31 may 2012
Shah Alam

Saturday, November 19, 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Saya tak tahu kenapa saya suka sangat dengan lagu "TOLONG INGATKAN AKU" bagi saya lirik dia sangat santai dan best..saya cuba buat lirik lagu seperti itu tapi entahlah idea kadang-kadang ada...tapi kadang-kadang tak ada...Lirik itu juga buatkan saya bersemangat mencari dan membuat lirik lagu baru...
Saya dengar beberapa kali sangat best..walaupun ramai yang hentam dia tapi bagi saya lirik dan kata-kata yang dia tulis buatkan saya mahu tulis dan tulis lirik lagu....ok la saya tinggalkan anda dengan lrik lagu "TOLONG INGATKAN AKU" BY : ANNA RAFALLI


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

BUKU ITU...

Dulu kemana-mana aku ditemani oleh buku nota dan sebatang pen kecil yang diletakkan didalam beg...
tapi sekarang entah kemana hilangnya buku itu..

buku itu juga daku catatkan semua yang berada dikelilingku...
bukan diari...bukan juga nota belajar...
cuma buku itula yang membuatkan aku bersemangat
buku itu juga yang memahami hati aku yang gundah gulana
buku itu juga yang sentiasa menjadi peneman dikala sunyi
buku itu juga yang banyak berbakti
buku itu juga memberikan aku sumber insprasi
buku itu juga menjadi kawan suka dan duka


tapi sekarang......arghhhh!!!!! tidak tahu kemana lagi
kini aku bersama dengan buku baru dan pen baru...

by : AR Renxi