Tuesday, January 29, 2013

CONTINUED~BAB 1~ BAB 2

RANIA hanya memerhati figura Najmi dari jauh yang sedang khusyuk bersembahnyang. Rania hanya mampu mengucap tanda syukur dengan apa yang berlaku pada hari ini. Tiba-tiba ingatannya terimbau detik perkenalannya dengan Najmi.

NAJMI berjalan sambil bermain dengan anak kunci kereta BMWnya. Mulutnya terkumat-kamit bercakap seorang diri. Sedang dia khustuk berjalan tiba-tiba badannya terlanggar dengan seorang gadis yang sedang khusyuk bermain dengan telefon ditangannya.
"Aduhhh!!! You ni kenapa mata letak dekat mana?" Gadis itu memarahinya. Najmi hanya terkesima melihata gadis dihadapannya tengah marah. 'cantik' desis hati kecilnya.
"Maaf I nak cepat tadi, tak nampak. Sorry sekali lagi," Najmi berkata sambil tersengih menampakkan lagi giginya yang putih bersih dan tersusun itu. Matanya masih lagi memerhati telatah gadis yang berada di hadapannya.
Gadis itu hanya mengangguk. "Najmi," Najmi memperkenalkan namanya kepada gadis yang dilanggarnya.
"Rania, anyway I nak pergi dulu ada kerja," dia meminta diri. Najmi tersenyum senang dan memerhati kelibat Rania pergi dari padangannya.

"PENGANTIN perempuan menungkan apa tu?" tegur salah seorang wanita tua yang agak berumur yang duduk disitu. Kantoi nampak dia berangan. Najmi sudah berada dihadapnnya, acara membatalkan air sembahnyang sudah bermula. Rania menyambut tangan suami yang sudah sah menjadi suaminya kini. Tangannya terketar-ketar menyambut huluran tangan sang lelaki itu.
"You still malu dengan I ke sayang," bisik Najmi ke telinga Rania. Panas wajahnya usah dicakap lagi. Seperti udang yang sudah dibakar panas-panas. Rania mencium tangan Najmi dan dibalas satu ciuman di ubun-ubunnya. Terasa bahagia apabila diperlakukan begitu. Dia bersyukur kerana dapat mengawini seorang lelaki yang dicintaiinya sepenuh hati.
"I love you sayang."


***

BAB 2

MALAM itu Rania merenung ke luar jendela melihat bintang yang bertaburan di angkasa. Rasa nyaman dan segar apabila angin meniup sejuk ke badannya yang terdedah di lengannya. Rania tersenyum melihat dada langit yang cerah dan bintang berkelip-kelip.
Sedang dia leka menghirup udara segar, terdengar pintu seperti sedang ditolak dari arah luar. Rania cepat-cepat masuk kedalam biliknya. Najmi masuk kedalam bilik dengan wajah yang sedikit pelik. Mahu bertanya takut dikatakan menyibuk, akhirnya Rania mengambil keputusan duduk dihadapan cermin dan mencapai sikat yang berada diatas meja solek itu. Dia menyikat rambutnya yang panjang itu. Najmi duduk dibirai katil dan meraup wajahnya berkali-kali. Rania melihat telatah Najmi dari cermin meja soleknya.
"Najmi kenapa dengan you ni?" Rania akhirnya bersuara. Najmi hanya mengelengkan kepalanya apabila soalan yang keluar dari mulut isterinya. Entahla dia sendiri tidak tahu apa sebab dia menjadi begini.

~continued~

No comments:

Post a Comment