Thursday, January 17, 2013

GIGI BESI

Bergigi besi biasanya bagi manusia yang ingin memakai pagar pada gigi mereka supaya tampak cantik dan jelita ochhh!!! tak tahan den. Gigi besi juga atau nama saintifiknya adalah bracers biasanya akan dipakai bagi mereka yang giginya jongang cam rabbit, gigi mereka terabur dan mahu nampak tersusun dengan cantik supaya bila senyum nampak macam iklan Darlie.

Dulu masa sekolah-sekolah dulu aku ada juga menyuarakan kepada ayah dan mak aku untuk bergigi besi sebab aku rasa gigi aku macam jongang sikit dekat depan. Tapi tak nampak sangat. Gigi aku besar la jugak kat depan so aku rasa macam agak malu la jugak bila aku ketawa terbahak-bahak macam syaiitonnn je bunyinya pastu tak cover dengan tangan maka malu la aku kan? Adik aku yang nombor tiga mendapat rawatan jugak sebab nak pakai bracers ni tapi dia dah give up sebab lambat so dia malas. Makanya aku yang terhegeh-hegeh nak pakai. Aku pi hospital gigi dan tanya doktor gigi tu.



"doktor kalu sya nak buat bracers boleh tak kat gigi saya?" aku tanya sambil tersengih-sengih nih. Doktor tu pun cakapla yang gigi aku ni dah ok dan straight tak ada cacat celanya. Aku pun tak puas hati lagi ni. Aku pun cakap "doktor saya rasa gigi saya macam arnab je bila senyum" doktor tu cakap gigi awak dah ok so tak payah pakai. Nanti dia takut makin teruk. Aku pun mengangguk tanda faham. Hmmmm, nak tak nak aku pun cakap cuci je la gigi saya. hahahhahahhahaha. Malu aku dengan doktor tu. Kalau laki memang aku keluar nongnong dah. Buat muka toya.

Kali ni gigi adik aku yang bongsu pula nak buat check-up tuk memakai pagar besi di giginya. Yela giginya senget sedikit maka perlulah memakainya.
Sebenarnya aku ada habit dimana setiap kali bercakap mesti aku nak tengok gigi orang, dah jadi tabiat aku dah. Mungkin bagi anda untuk mengukur kebersihan seseorang dengan menilai dari rambut hinggalah kepada kaki tapi aku tidak ye!!! Aku melihat kebersihan seseorang itu melalui gigi... Haahahah, kejam tak??? Yela kalau orang tu tak gosok gigi kotor tak????? geli babe.

Maka dengan itu jagalah kebersihan gigi anda, takkan nak biarkan gigi anda tak santek kan???? Maka jagalah kebersihan gigi dengan sempurna biar tampak bersih dan cantekkkk!!!!

No comments:

Post a Comment