Thursday, January 3, 2013

MACAM MANA NAK LUPAKAN ORANG YANG KITA SAYANG?

Yezaaaa bertemu kembali kita dengan topik yang baru dan taklah hebat seperti entri orang lain. Kali ni topik aku adalah bagaimana nak lupakan orang yang kita sayang? ok kenapa aku buat topik ni sebab kawan-kawan aku ada tanya, yela aku kan pakar cinta tak berapa nak bertauliah pengalaman pun tak ada babe!! dengan pengalaman orang je la aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran

Kalau anda menyanyangi seseorang tu anda jangan letak 100 peratus sayang atau cinta anda dekat dia kalau tidak merana la. Pernah aku mendengar satu dialog dalam drama Adam dan Hawa yang si Adam berkata kepada si Dee yang "kita jangalah mencari orang yang tidak menyanyangi kita atau mencintai kita tapi carilah sang lelaki yang jatuh cinta habis dekat kita."

Maka persoalannya disini jangalah anda meletakkan cinta agung anda kepada sang lelaki 100 peratus malah letakkan hanya 40 atau 50 peratus sahaja sebab jika anda putus dengan lelaki itu pasti anda merana kan? Jadi jika anda letakkan sedikit sahaja pasti anda tidak akan merana.
Jangan sesekali melihat facebook atau apa sahaja bentuk laman web yang berkaitan dengan pasangan anda kerana purata untuk anda jatuh cinta kembali akan berlaku, malah biarkanlah dia nak buat apa sahaja.

Sebagai contoh aku ambil diri aku, aku ada minat dengan seorang lelaki ni kalau dikira lelaki ni sangat perfect di mata aku yela lelaki yang aku minat kot mestilah perfect dimata aku hahaha, dia pandai, bijak, hemsem dan segala-galanya malah tiada cacat celanya dimata aku then pada suatu hari aku ada terlihat satu gambar dia letak dalam istagram sebab dia link dalam facebook so ada seorang minah ni maybe girlfriend dia yang komen bertapa luluhnya hati aku. Wahhh!! sedih kan kisah aku!! hahahahah ok lupakan!!!

Jadi aku ambil pendekatan tiadak lagi stalker orang tu kalau aku stalker sah-sahla aku jatuh cinta balik babe dia hemsem wey!! kerja dia pun menjamin masa depan. hahahaha

situasi yang kedua anda perlu buat cari seorang rakan mendengar masalah anda jangan menangis membazir sahaja air mata anda.

Anda juga boleh melupakan kekasih anda dengan membuat satu aktiviti yang sangat mencabar dan buat aktiviti yang boleh membuatkan anda lupakannya.

Masa tidur jangan berangan wajah dia akan muncul dalam mimpi anda pastikan baca doa tidur dan terus tidur, kalau tak boleh tidur berselawatlah.

Anda juga bolehlah mencari penganti lain, mungkin tiada jodoh antara anda dan si dia. kuikui

***

maka habislah cerita yang nak aku kongsikan semoga anda membaca dengan penuh khusyuk ok salam sayang dari aku tadaaaa :)

No comments:

Post a Comment