Thursday, January 17, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA

Apa kabare dan salam sayang. Ok entri aku kali ni berbau hangit sedikit mungkin kerana tajuk yang cuba diutarakan. Nampak tak tajuk aku "SETIA HUJUNG NYAWA" sebenarnya ni adalah tajuk dari drama TV3 yang baru untuk slot akasia yang disiarkan pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam. Jom kita review sikit pasal drama nih. Sebenarnya drama ni juga telah diadaptasi dari novel yang di tulis oleh Fatin Nabila. Aku belum baca lagi novel ni so aku rasa aku tidaklah layak lagi untuk membuat review tentang drama ni, nanti tersalah malu sendiri.


 ok ni adalah dia punya tajuk mula-mula ok. Style and simple


Dari pemahaman aku sebab aku ada baca buku beliau dalam online, drama ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Ersalina yang telah terlanjur dengan boyfriend dia tapi dia telah berkahwin dengan Zain seorang anak datuk. Maka terjadilah konflik kat situ disebabkan husband dia tahu yang wife dia tak suci lagi. Aku sebenarnya melilau juga mencari novel ni tapi tak jumpa. Drama dia the best jugaklah aku suka sebab laki tu tiba-tiba nampak cute pulak...hehehhehe


 sumber gambar dari google


Ok ini adalah buku novel dia. Anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang berhampiran. Aku pun tengah mencari jugak ni, so bagi sesiapa yang dah baca boleh la share kat kita ye(sambil kenyit-kenyit mata) ngeeh3. Buku ni aku tak tahu jalan cerita dia macam mana? sama ke tak aku tak tahu sebab aku belum khatam lagi buku ni ye.


Ni pula antara pelakon yang menjayakan drama ni. Bagi sesiapa yang membaca novel ni boleh membayangkan atau imagine muka mereka berdua ok!! Pelakon yang membintangi drama ini ialah Amar Asyraf dan Neyldia Senrose. Sangat sesuai gandigan mereka berdua. Bagi mereka yang terlepas menonton drama lakonan mereka boleh pergi ke www.tonton.com. Dan bagi mereka yang mengikuti drama ini sila teruskan sehingga episod akhir untuk mengetahui kisah percintaan romantis mereka. Selama menonton.



No comments:

Post a Comment