Sunday, January 20, 2013

TUTORIAL TURBAN STYLE

Hye dan wasup??? Ok hari ni kita buat sedikit tutorial cara permakaian turban style dengan menggunakan tudung bawal sahaja. Ingat tudung bawal tak leh buat urban ke??? Ok biasanya turban digunakan oleh wanita afrika itulah sejarah dia yang aku dapat serba sedikit tentang turban ni. Kali ni aku nak menunjukkan cara bagaimana turban style dipakaikan menggunakan tudung bawal. Biasanya kawan aku Lin yang suruh aku buatkan untuk dia memandangkan dia kurang menggunakan selendang tapi lebih gemar memakai bawal.

Ok apa yang kita perlukan
-tudung bawal
-kerongsang
-inner neck
-satu batang jarum sahaja.

jom kita lihat simple je ok.... tak perlu belit-belit banyak kali.

mula-mula sekali pakai inner neck ye, bagi menutupi leher kita. Atau anda tak nak pakai pun tak pe, tapi bagi yang menutup aurat tu pakaila ye :) (abaikan muka aku yang tembam bila pakai inner neck ye) heheh

ambil tudung bawal dan lipat seperti dia atas. Lipat sikit je ye.

letakkan di kepala bahagian yang dilipat tadi, dan teruskan letak penghujung di belakang. Ambil kerongsang dan sematkan di belakang.

selepas sematkan pin ambil kedua-dua bahagian itu ke depan. Anda boleh twiskan atau gulung sahaja kedua-dua bahagian yang tarik kedepan itu tadi seperti didalam gambar.


step yang seterusnya anda gulung sehingga ke penghujungnya.

selepas gulung tudung tadi belitkan ke kepala anda. Selebihnya yang hujung itu anda sematkan dengan jarum supaya dia menjadi lebih kemas. Boleh juga mengambil keronsang untuk disemat disitu ataupun menambahkan bahan sebagai hiasan.



Dan tadaaaa inilah hasilnya simple dan anda bolehla pergi ke makan malam atau bergaya dengan style turban ni. Dan ingat sangat ringan sahaja ye tak adalah berserabut dan nampak berat.

 fokus kepada yang baju coklat ye.... nilah hasil aku bua dengan menggunakan bawal sahaja.


seperti contoh yang rakan saya pakai, itulah hasilnya hanya menggunakan tudung bawal sahaja kita juga boleh bergaya kemana-mana sahaja. Dan insyaallah jika ada kelapangan aku akan kongsikan dengan idea yang lain menggunakan tudung bawal atau apa sahaja.


Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment