Sunday, January 27, 2013

BAB 1 - RANIA

RANIA anggun dengan busana pengantin yang indah dengan taburan labuci di baju. Hari ini adalah hari perkahwinannya dengan Najmi Ikbal seorang lelaki yang dikenalinya dua bulan lepas. Perkahwinannya dengan Najmi merupakan sebuah ikatan yang sudah lama dia impikan.
Najmi seorang lelaki yang hebat mampu mencairkan semua kaum hawa. Perkenalannya dengan Najmi yang begitu singkat telah melahirkan bibit cinta antara mereka berdua. "Pengantin lelaki dah sampai," kata salah seorang kaum keluarga Rania. Jantung Rania berdegup kencang, sekencang ribut tsunami.

NAJMI segak dengan baju melayu berwarna hitam digandingkan dengan kain songket yang berwarna keemasan menampakkan lagi wajahnya yang kacak itu. Rania keluar dari bilik diiringi oleh dua kawannya iaitu Munia dan Chia. Najmi memandang Rania yang keluar dari bilik dengan satu getaran yang hebat didadanya. Wajah putih bersih Rania telah membuatkan hatinya sudah lama terpaut dan jatuh cinta.
"Jangan pandang lama sangat nanti hilang seri," sampuk suara Pak Imam. Najmi tersipu malu apabila disapa begitu. Rania tersengih di pelamin yang telah tersengam indah dengan taburan bunga hidup yang berwarna pink.
"Dah sedia ke pengatin lelaki ni?," tanya Pak Imam itu lagi. Najmi mengangguk pelahan. Tangan dijabat tanda mahu melaksanakan misi yang belum selesai. Rania disana semakin takut dan gementar. Hanya doa didalam hati sahaja semoga segalanya berjalan dengan lancar.

"Aku terima nikahnya, Rania Issabela Rashdan dengan mas kahwinnya seperti yang disebut," hanya sekali lafaz sudah membuatkan Rania menitiskan air mata. Air mata gembira bercampur dengan air mata syukur kepada ilahi. Najmi merasa lega dia kemudiannya meminta diri untuk bersolat tanda syukur kepada yang maha esa.

~continued~

No comments:

Post a Comment