Friday, December 21, 2012

CERPEN : HADIR~

MALAM kian larut, aku masih termenung di birai katil. Mata cuba dipejam tapi tidak boleh degil sungguh mata aku saat dan ketika ini. Aku bangun dan duduk ditepi balkoni. Aku melihat kebawah dengan satu perasaan yang sangat lain. Bukan takut cuma teringatkan kisah pertemuan aku dengan Bazli sebentar tadi.

"Hai, ni you ke Salika?" aku hanya bangun dan terus menanggalkan kaca mata hitam yang duduk erat diatas batang hidungku.
"Hai!! ni you ke Bazli?" aku bertanya kembali. Dia hanya mengangguk sahaja. Alamak!!! cinta lama kini berputik kah? Oh my coach!!!
"Hye, lama tak jumpa you? you dah kahwin ke? makin lama you makin cantik" pujinya. Aku hanya terseyum sahaja. Aku menjawab dengan ringkas sahaja. "Tak. You dah kahwin ke? mana isteri you?" mataku meliar mencari kelibat isteri Bazli. Kot-kot lebih cantik daripada aku ke? Perasan pulak aku ni.
Dia ketawa sahaja. Aku pelik dengan sikapnya.
"you cari siapa? wife i ke? i tak kahwin lagi la sayang," dia menjawab sambil ketawa. "sayang" pengsan aku. Gila ke si Bazli ni.
"yela mana tahu you datang ngan wife you ke? boleh kenal-kenal" jawapan aku agak selamat barangkali.
"i setia dengan you sorang je wahai Salika" dia menjawab ringkas. Terkaku aku mendengar jawapannya.

continued~

No comments:

Post a Comment