Monday, December 31, 2012

2013

Grrrrrr!!!! tengok tahun ke tahun semakin hari semakin cepat masa berlalu dan meninggalkan satu sejarah dan noda hitam didalam tahun-tahun yang anda simpan. Mungkin tahun baru ini akan memberikan anda satu juta sejarah yang indah dan mungkin akan terpalit didalam memori indah anda.

Ok so now, apa azam anda?kadangkala azam setiap tahun akan bertukar. Azam yang dulu mana perginya dah tercapai ke belum??? Kalau belum apa yang terbarunya? Bila sebut azam je pasti semua orang akan bersemangat. Contoh yang boleh dilihat :

Situasi satu:
-tahun ni gua tak nak merokok babe!! haram pulak makan rokok tu!!!

Situasi kedua :
-Tahun ni nak diet la. Tak nak makan.

Situasi ketiga :
-Azam tahun ni aku nak jadi manusia yang berjaya.

Hahahahha so funny!!! tapi biasanya aku ambil yang situasi kedua tu, aku dah kurus tapi nak kurus lagi biasalah manusia tak pernah puas right?? so aku makan pun berdiet sakan. Swimming tiap-tiap hari sabtu dan ahad. Jogging memang agak malas la. Actually aku pergi swimming bukan nak kurus pun tapi more kepada exercise dan nak cantikkan body..hahahha yang ni memang kelakar. Sometimez waktu petang berbasikal sebab nak menyihatkan kaki padahal nak pi usha mamat hemsem tengah main bola...hahhahaha Ok end story. Berbalik pasal azam tadi, tahun ni aku ada sedikit azam sebenarnya ni azam masa tahun lepas yang tak terlaksana so hopefully tahun ni terlaksana dengan jayanya. Amin.

Jom lihat apa azam aku tahun ni dan harap bukan omongan kosong lagi ye..hahahahha

1) Aku harap aku dapat "DEAN LIST" sem ni. Besar tak harapan yang ni. rasanya tak kot. hahahhaa

2) Aku harap aku menjadi anak yang soleh dan tawaduk, baik kan aku? Biarlah aku nak puji diri sendiri sikit. hahahha ok tak ada kena mengena.

3)Kumpul duit sebab nak pergi travel. So bajet kena lebih la sikit tahun ni harap nak kuar jauh sikit. Insyaallah.

4)Harap aku dapat keluarkan aku punya buku sendiri iaitu himpunan puisi dan cerpen aku jugak insyaallah. Sebab aku paling kesal ialah aku terlepas pitching idea depan Rosyam Nor hari tu. Aku baru nak bagi idea dan cerita aku kat dia tapi disebabkan aku ada hal tak dapat dielakkan terlepas jugak, tak apa mungkin tiada rezeki.

5)Akhir sekali nak study rajin-rajin dan nak kerja cepat-cepat. Amin doakan kita ye..hehehhe

Yehahhahahah!!! akhir sekali semoga tahun ni membawa sinar dan satu kemuliaan didalam diri anda semua. Semoga kita menjadi manusia dan hamba yang berguna disisi Allah S.W.T. Semoga azam tahun baru anda tercapai dan semoga azam aku pun tercapai dengan hendaknya.

No comments:

Post a Comment