Friday, December 28, 2012

FINAL EXAM

Urghhh!!! nak merengus pun tak boleh nak merungut pun tak boleh sebab lumrah alam sebagai student mesti akur dengan perkataan FINAL EXAM...tak kiralah nak amik UPSR ke? SPM ke? atau apa sahaja yang berbentuk FINAL exam mesti pelajar akan merengus dan gelisah semacam. Yela bagi yang tak bersedia lagi macam naik hantulah jawabnya. Sem ni aku satu subjek je yang aku kena hadap untuk final exam, rasa sedikit bersedia sebab subjek yang aku minat dapat A  kot tapi entahla berserah pada takdir tapi nampak gaya macam ada harapan. Dekan tuk sem ni entahlah terserah kepada takdir sebab ada subjek macam tak leh skor but then aku bersyukur kepada yang esa. Amin sebab dapat melakukan dengan tabah dan tawaduk cuma menunggu hari yang bersejarah iaitu mengetahui result. Memang pucat dan tak leh tidur la jawabnya.hmmm



Berjaya atau tak yang penting kita dah berusaha. Apa yang penting jangan lupa berdoa mintak ampun dekat mak and ayah suruh mereka sembahyang hajat atau berdoa untuk memudahkan kita menjawab soalan dengan cemerlang. Tapi aku faham perasaan manusia yang nak masuk kedalam hall tu macam mana nak jatuh semua jantung pun ada.
antara subjek yang aku amik sem ni seperti berikut :

1) Communication skills - tak ada exam just speaking mat salleh je memang berhabuk aku cakap omputih alhmdullilah dah lepas tu pun masa test dia aku rasa macam nak tercabut jew jantung aku. ngeeh3

2) Italy - yeha subjek yang buat aku paling takut setiap sem, yang ni kena speaking italy then tulis bahasa italy mampu korang tulis bahasa italy silap-silap sampai venice aku nanti..hahahaha alhmdullilah sedikit lega sem ni, yang paling aku suka bila lecrer italy aku cakap dia suka atitude aku means sikap akula dia cakap aku baik gila,...hahahahahahhahahah dak skema cam aku kan. hahahha

3) Philosophy - research about manusia yang berjaya aku kaji pasal george santayana alhmdullilah jugak selesai dengan jayanya tak ada final.

4) animation storytelling and writing - yang ni buat aku menagis sebab aku tak paham kenapa aku punya tangan dah tak boleh nak melukis lagi pelikkan? aku lukis baju and desing baru tuk baju ok jew tapi subjek ni aku rasa nak potong je tangan aku tak leh melukis pulak,..adeiii!!! yang ni alhmdullilah jugak moga-moga lulus dengan jayanya.

5) screenplay - yehaaa!!! ni buat skrip... aku suka buat skrip aku tulis pasal cerita pembunuhan, makan orangla. hahahaha actually kisah ni aku buat tuk cerpen tapi aku nak visualize ke bentuk filem akhir-akhir cerita tu korang kena fikir sendiri. alhmdullilah jugak tunggu nak hantar je..

6) material culture - subjek yang lecrer aku paling aku suka dan hormat. aku research betul-betul pasal menda ni tapi yang individu xment agak takut jugakla. alhmdullilah jugak

7) script documentary - yang ni aku buat pasal "makam anak dara" agak takut jugak sebenarnya sebab dia ala-ala paranormal punya cerita. Yang ni aku kaji gila-gila and kaw-kaw jugak. Yela nak buat documentary bukan senang babe!! korang jangan main hentam je...emo plak aku... alhmdullilah jugak

8)film culture and society- subjek last sekali ada final exam aku kena research pasal filem anak halal ngan songlap. Febret subjek. Pasal research filem serahlah kepada den yee!! aku minat gila.... semoga final exam yang ni diberi lapangnya dada dan diberi sedikit idea untuk menjawab serta ilmu pengetahuan yang luas.

Yehaaaa research filem..hmmm kadang orang main tengok then hentam je kan? tapi aku tengok sekali dah tahu penghakhiran cerita tu!!! hahahah hebat tak?? hebat la sangatkan?hahaha dan jangan ingat cerita serta filem yang korang tengok tu semua tak best sebenarnya kalau korang kaji betul-betul mempunyai makna.

Untuk pengarah pula aku memang peminat setia arwah Yasmin Ahmad sebab dia punya cerita mempunyai nilai yang tersendiri dan aku sempat jumpa dia masa aku zaman diploma dulu, tu pun dengar talk pasal dia menarik. Dan untuk yang terbaru aku meminati pengarah hebat seperti Khabir Bhatia... aku memang minat cara pengarahan dia, kalau aku tengok dari keluaran FILM SCAPE memang aku akan tengok serius aku memang minat dengan sinomotografi dia betul tak aku eja salah mati aku lecrer aku mengamuk nanti....hehehhehehe

Apa-apa pun hargailah filem kita dan tengoklah semua filem yang mempunyai nilai yang dapat memberikan anda semua pengetahuan dan bukan sahaja untuk melepaskan tension anda. Jangan ya kawan-kawan salah tu, tengok filem untuk belajar teknik serta tentang bagaimana nak hargai kehidupan yang sebenar. Jadi sokonglah filem-filem tempatan. Aku pula promoted!! hahahaha

Salam sayang semua, gud luck untuk final exam

xoxo ar renxi :)

No comments:

Post a Comment